Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Kaab bin Ujrah! Solat itu satu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah

Teks Bahasa Arab

يا كعب بن عجرة! الصلاةُ قربانٌ، والصدقةُ برهانٌ، والصومُ جنةٌ، والصدقةُ تطفئُ الخطيئةَ كما يَذْهَبُ الجليدُ على الصفا.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Kaab bin Ujrah! Solat itu satu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, sedekah itu bukti, puasa itu perisai, dan sedekah itu menghapuskan dosa seperti mana ais yang mencair apabila diletakkan di Bukit Safa.

Sahabat Perawi

  1. Kaab bin ‘Ujrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1155, hadis no. 5839. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن كعب بن عجرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا كعب بن عجرة الصلاة قربان والصدقة برهان والصوم جنة والصدقة تطفئ الخطيئة كما يذهب الجليد على الصفا. [حب، طس، طب، الضعيفة (5797)]

(Lemah dengan lafaz Ini) Daripada Kaab bin ‘Ujrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Kaab bin Ujrah! Solat itu satu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, sedekah itu bukti, puasa itu perisai, dan sedekah itu menghapuskan dosa seperti mana ais yang menghilang apabila diletakkan di Bukit Safa. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5797]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.