Wahai Kaab bin 'Ujrah, solat adalah korban (ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah)

TEKS BAHASA ARAB

يا كعب بن عجرة! الصلاة قربان، والصدقة برهان، والصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما يذهب الجليد على الصفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Kaab bin ‘Ujrah, solat adalah korban (ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah), sedekah adalah bukti, puasa adalah perisai, dan sedekah menghapuskan dosa seperti gelincirnya ais salji di atas batu yang licin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 332, hadis nombor 1747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن كعب بن عجرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ! الصَّلَاةُ قُرْبَانٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، والصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُذْهِبُ الْجَلِيدُ عَلَى الصَّفَا)). [حب، طس، طب، ((الضعيفة)) (5797)].

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Kaab bin ‘Ujrah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Kaab bin ‘Ujrah, solat adalah korban (ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah), sedekah adalah bukti, puasa adalah perisai, dan sedekah menghapuskan dosa seperti gelincirnya ais salji di atas batu yang licin.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan al-Muʿjam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5797].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs