Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال لي رسول الله: أتحبّ يا جبير إذا خرجت أن تكون من أمثل أصحابك هيئة وأكثرهم زادا؟ اقرأ هذه السّورالخمس: (قل يأيها الكافرون) و(إذا جآء نصرالله والفتح) و(قل هو الله آحد)، و(قل أعوذ بربّ الفلق)، و(قل أعوذ بربّ النّاس) وافتح كلّ سورة ب(بسم الله الرحمن الرحيم) واختم ب(بسم الله الرحمن الرحيم). قال جبير: وكنت غنيّا كثير المال فكنت أخرج مع من شاء الله آن أخرج معهم في سفر فأكون أبذهم هيئة وأقلّهم زادا فما زلت منذ علمنيهنّ رسول الله وقرأت بهم أكون من أحسنهم هيئة وأكثرهم زادا حتى أرجع من سفري ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada saya: Wahai Jubayr, adakah engkau suka? Jika engkau menjadi contoh peribadi mithali dalam kalangan sahabat kamu dan yang paling banyak bekalannya dalam kalangan mereka? Bacalah lima surah ini: Surah al-Kafirun, Surah al-Nasr, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas. Mulakanlah setiap surah dengan membaca: Bismillah al-Rahman al-Rahim dan akhiri bacaan kamu juga dengan: Bismillah al-Rahman al-Rahim. Jubair berkata: Dahulunya, sekalipun saya seorang yang kaya dan memiliki banyak harta, setiap kali aku keluar bersama sesiapa yang aku kehendaki dalam permusafiran, personaliti dirikulah yang paling kurang menyerlah, serta aku adalah yang paling kurang bekalannya. Semenjak Rasulullah SAW mengajarkan aku semua bacaan ini, aku tidak henti mengamalkannya, lalu aku benar-benar menjadi orang yang paling menyerlah personalitinya dalam kalangan mereka, serta yang paling banyak bekalannya, sehingga aku pulang daripada permusafiran tersebut.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026, hadis no. 5268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جبير بن مطعم رضي الله عنه قال:قال لي رسول الله: أتحبّ يا جبير إذا خرجت أن تكون من أمثل أصحابك هيئة وأكثرهم زادا؟ اقرأ هذه السّورالخمس: (قل يأيها الكافرون) و(إذا جآء نصرالله والفتح) و(قل هو الله آحد)، و(قل أعوذ بربّ الفلق)، و(قل أعوذ بربّ النّاس) وافتح كلّ سورة ب(بسم الله الرحمن الرحيم) واختم ب(بسم الله الرحمن الرحيم). قال جبير: وكنت غنيّا كثير المال فكنت أخرج مع من شاء الله آن أخرج معهم في سفر فأكون أبذهم هيئة وأقلّهم زادا فما زلت منذ علمنيهنّ رسول الله وقرأت بهم أكون من أحسنهم هيئة وأكثرهم زادا حتى أرجع من سفري ذلك. [ع، الضعيفة (٦٩٦٣)]
(Munkar) Daripada Jubayr bin Mut’im RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepada saya: Wahai Jubayr, adakah engkau suka? Jika engkau menjadi contoh peribadi mithali dalam kalangan sahabat kamu dan yang paling banyak bekalannya dalam kalangan mereka? Bacalah lima surah ini: Surah al-Kafirun, Surah al-Nasr, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas. Mulakanlah setiap surah dengan membaca: Bismillah al-Rahman al-Rahim dan akhiri bacaan kamu juga dengan: Bismillah al-Rahman al-Rahim. Jubair berkata: Dahulunya, sekalipun saya seorang yang kaya dan memiliki banyak harta, setiap kali aku keluar bersama sesiapa yang aku kehendaki dalam permusafiran, personaliti dirikulah yang paling kurang menyerlah, serta aku adalah yang paling kurang bekalannya. Semenjak Rasulullah SAW mengajarkan aku semua bacaan ini, aku tidak henti mengamalkannya, lalu aku benar-benar menjadi orang yang paling menyerlah personalitinya dalam kalangan mereka, serta yang paling banyak bekalannya, sehingga aku pulang daripada permusafiran tersebut. [Riwayat Abu Ya’la di dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6963]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman