Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ قال: يا جبريلُ! ما ثَوابُ عبدي إذا أخذتُ كريمتَيْهِ إلَّا النظرُ إلى وجهي، والجِوارَ في داري.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Jibril! Tidak ada pahala bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil dua matanya melainkan dia melihat wajah-Ku dan berdamping di rumah-Ku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1364 - 1365, hadis no. 6955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ظلال القسملي: أنه دخل على أنس بن مالك فقال له: يا أبا ظلال! متى أصيب بصرك؟ قال: لا أعقله. قال: أفلا أحدثك حديثا حدثنا به نبي الله صلى الله عليه وسلم عن جبريل عليه السلام عن ربه تعالى قال: إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذت كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري. فلقد رأيت أصحاب النبي يبكون حوله، يريدون أن تذهب أبصارهم. [طس، ((الضعيفة)) (5773)]
(Lemah) Daripada Abu Zilal al-Qasmali: Sesungguhnya beliau masuk menemui Anas bin Malik, lalu Anas berkata kepadanya: Wahai Abu Zilal! Bilakah penglihatanmu ditimpa kecacatan? Beliau menjawab: Aku tidak ingat. Anas berkata: Tidak mahukah aku ceritakan kepada kamu satu hadis yang pernah Nabi Allah SAW ceritakan kepada kami daripada Jibril AS daripada Tuhannya? Jibril berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Jibril! Tidak ada pahala bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil dua matanya melainkan dia melihat wajah-Ku dan berdamping di rumah-Ku. Aku telah melihat para sahabat Nabi SAW sedang menangis di sekeliling baginda, mereka mahukan penglihatan mereka hilang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5773]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman