Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Jibril, telah dikhabarkan kematian diriku

Teks Bahasa Arab

حديث: أنه لَمَّا نَزَلَ (إِذَا جَاءَ نَصْرُ ألله والفتح) قَالَ مُحَمَّدٌ: يَا جِبْرِيلُ، نَفْسِي قَدْ نُعِيَتْ. قَالَ جِبْرِيلُ: (وَلَلآخِرَةُ خير لك من الأولى، ولسوف يعطيك ربك فترضى) فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُنَادَى بالصلاة جَامِعَةٌ، فَاجْتَمَعَ الْمُهَاجِرُونَ وَالأَنْصَارُ إِلَى مَسْجِدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ketika turun ayat “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan” Nabi Muhammad bersabda: Wahai Jibril, telah dikhabarkan kematian diriku. Jibril berkata: "Sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha dan berpuas hati." Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar diseru untuk solat berjemaah. Lalu kaum al-Muhajirin dan al-Ansar berkumpul di masjid Rasulullah SAW... sehingga akhir hadith.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 324, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم عن ابن عباس مرفوعا مطولا، في نحو ثلاث ورق، وهو موضوع: آفته من عبد المنعم بن إدريس بن سنان.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim daripada Ibn Abbas secara panjang dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dalam sekitar tiga helaian. Ia adalah palsu. Penyakitnya (masalah) adalah daripada Abd al-Mun’im bin Idris bin Sinan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.