Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Jibril! Tanyalah Tuhanmu, tanah manakah yang terbaik?

Teks Bahasa Arab

يا جبريلُ سَلْ ربَّك: أيُّ البقاعِ خيرٌ، وأيُّ البقاعِ شرٌّ؟ فاضطربَ جبريلُ تلقاءَه، فقالَ لَهُ عندَما أفاق: يا محمَّدُ هل يُسألُ الرَّبُّ، الرَّبُّ أجلُّ وأعظمُ من ذلِك؟ ثمَّ غابَ عنْهُ جبريلُ، ثمَّ أتاه، ثمَّ قالَ لَه: يا محمَّدُ لقد وقفتُ اليومَ موقفاً لم يقفْهُ ملَكٌ قبلي، ولا يقفُهُ ملَكٌ بعدي، كانَ بيني وبينَ الجبَّارِ تبارَكَ وتعالى سبعونَ ألفَ حجابٍ من نورٍ، الحجابُ يعدلُ العرشَ والْكرسيَّ والسَّماواتِ والأرضَ بِكذا وَكذا ألفِ عامٍ، فقال: أخبِر محمَّداً: أنَّ خيرَ البقاعِ المساجِدُ، وخيرَ أَهلِها أوَّلُهم دخولاً، وآخرُهم خروجاً. وشَرُّ البقاعِ الأسواقُ، وشرُّ أَهلِها أوَّلُهم دخولاً، وآخرُهم خروجاً.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Jibril! Tanyalah Tuhanmu, tanah manakah yang terbaik?” Lalu Jibril bergegar di hadapannya. Lantas dia berkata ketika dia di ufuk: “Wahai Muhammad! Adakah Tuhan boleh ditanya? Sedangkan Tuhan lebih mulia dan agung daripada itu?” Kemudian Jibril pun lenyap, kemudian dia datang. Selepas itu, dia berkata kepadanya: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di satu keadaan yang belum pernah seorang malaikat pun buat sebelumku. Dan tidak ada malaikat pun yang akan berdiri begitu selepas ini. Antara aku dan (Allah) al-Jabbar – tabaraka wa taala – 70,000 hijab daripada cahaya, satu hijab bersamaan arasy, kursi, langit, dan bumi dengan sebegini begini banyak ribuan tahun. Lalu Dia berkata, “Beritahu Muhammad, bahawa sebaik-baik tanah ialah masjid. Dan sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk, dan paling lambat keluar. Dan seburuk-buruk tanah ialah pasar. Dan seburuk-buruk ahlinya ialah orang yang paling awal masuk, dan paling akhir keluar.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 556, hadis no. 2895.

(موضوع) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: وَقَفَ جِبْرِيلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((يَا جِبْرِيلُ! سَلْ رَبَّكَ: أَيُّ الْبِقَاعِ خَيْرٌ، وَأَيُّ الْبِقَاعِ شَرٌّ؟ ‌فَاضْطَرَبَ جِبْرِيلُ تِلْقَاءَهُ، فَقَالَ لَهُ عِنْدَمَا أَفَاقَ: يَا مُحَمَّدُ! هَلْ يُسْأَلُ الرَّبُّ، الرَّبُّ أَجَلُّ وَأَعْظَمُ مِنْ ذَلِكَ؟ ثُمَّ غَابَ عَنْهُ جِبْرِيلُ، ثُمَّ أَتَاهُ، ثُمَّ قَالَ لَهُ: يَا مُحَمَّدُ! لَقَدْ وَقَفْتُ الْيَوْمَ مَوْقِفًا لَمْ يَقِفْهُ مَلَكٌ قَبْلِي، وَلَا يَقِفُهُ مَلَكٌ بَعْدِي، كَانَ بَيْنِي وَبَيْنَ الْجَبَّارِ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - سَبْعُونَ أَلْفَ حِجَابٍ مِنْ نُورٍ، الْحِجَابُ يَعْدِلُ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَالسَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِكَذَا وَكَذَا أَلْفِ عَامٍ، فَقَالَ: أَخْبِرْ مُحَمَّدًا: أَنَّ خَيْرَ الْبِقَاعِ الْمَسَاجِدُ، وَخَيْرَ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولًا وَآخِرُهُمْ خُرُوجًا. وَشَرُّ الْبِقَاعِ الْأَسْوَاقُ، وَشَرُّ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولًا وَآخِرُهُمْ خُرُوجًا)) [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (6500)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau berkata: Jibril berdiri bertemu Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Jibril! Tanyalah Tuhanmu, tanah manakah yang terbaik?” Lalu Jibril bergegar di hadapannya. Lantas dia berkata ketika dia di ufuk: “Wahai Muhammad! Adakah Tuhan boleh ditanya? Sedangkan Tuhan lebih mulia dan agung daripada itu?” Kemudian Jibril pun lenyap, kemudian dia datang. Selepas itu, dia berkata kepadanya: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di satu keadaan yang belum pernah seorang malaikat pun buat sebelumku. Dan tidak ada malaikat pun yang akan berdiri begitu selepas ini. Antara aku dan (Allah) al-Jabbar – tabaraka wa taala – 70,000 hijab daripada cahaya, satu hijab bersamaan arasy, kursi, langit, dan bumi dengan sebegini begini banyak ribuan tahun. Lalu Dia berkata, “Beritahu Muhammad, bahawa sebaik-baik tanah ialah masjid. Dan sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk, dan paling lambat keluar. Dan seburuk-buruk tanah ialah pasar. Dan seburuk-buruk ahlinya ialah orang yang paling awal masuk, dan paling akhir keluar.” [Riwayat Abu al-Sheikh al-Asbahani dalam kitab al-‘Azamah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6500]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.