Wahai Jibril! Tanyalah kepada Tuhan kamu kawasan mana yang paling baik

TEKS BAHASA ARAB

يا جبريل! سل ربك: أي البقاع خير، وأي البقاع شر؟ فاضطرب جبريل تلقاءه، فقال له عندما أفاق: يا محمد! هل يسأل الرب، الرب أجل وأعظم من ذلك؟ ثم غاب عنه جبريل، ثم أتاه، ثم قال له: يا محمد! لقد وقفت اليوم موقفا لم يقفه ملك قبلي، ولا يقفه ملك بعدي، كان بيني وبين الجبار تبارك وتعالى سبعون ألف حجاب من نور، الحجاب يعدل العرش والكرسي والسماوات والأرض بكذا وكذا ألف عام، فقال: أخبر محمدا: أن خير البقاع المساجد، وخير أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا. وشر البقاع الأسواق، وشر أهلها أولهم دخولا، وآخرهم خروجا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Jibril! Tanyalah kepada Tuhan kamu kawasan mana yang paling baik dan kawasan mana yang paling buruk? Jibril terketar-ketar di hadapan baginda. Dia berkata kepada Nabi ketika sedar: Wahai Muhammad, adakah Tuhan ditanya? Tuhan lebih mulia dan lebih agung daripada perkara ini. Kemudian Jibril beredar dan datang kepada baginda. Kemudian dia berkata: Aku berdiri pada hari ini di tempat yang tidak pernah dipijak oleh malaikat sebelum dan selepas aku. Di antara aku dan Tuhan Yang Maha Perkasa sejauh 70 000 hijab yang diperbuat daripada cahaya. Hijab itu menyamai Arasy, Kursi, langit dan bumi dengan begini dan begini ribuan tahun. Lalu Allah berfirman: Beritahu kepada Muhammad bahawa sebaik-baik tempat adalah masjid-masjid. Orang yang paling adalah yang paling awal masuk dan yang paling terakhir keluar. Seburuk-buruk tempat adalah pasar-pasar. Orang yang paling buruk adalah yang terawal masuk pasar dan yang terakhir keluar daripada pasar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1941, hadis nombor 9733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: وَقَفَ جِبْرِيلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: يَا جِبْرِيلُ! سَلْ رَبَّكَ: أَيُّ الْبِقَاعِ خَيْرٌ، وَأَيُّ الْبِقَاعِ شَرٌّ؟ فَاضْطَرَبَ جِبْرِيلُ تِلْقَاءَهُ، فَقَالَ لَهُ عِنْدَمَا أَفَاقَ: يَا مُحَمَّدُ! هَلْ يُسْأَلُ الرَّبُّ، الرَّبُّ أَجَلُّ وَأَعْظَمُ مِنْ ذَلِكَ؟ ثُمَّ غَابَ عَنْهُ جِبْرِيلُ، ثُمَّ أَتَاهُ، ثُمَّ قَالَ لَهُ: يَا مُحَمَّدُ! لَقَدْ وَقَفْتُ الْيَوْمَ مَوْقِفاً لَمْ يَقِفْهُ مَلَكٌ قَبْلِي، وَلَا يَقِفُهُ مَلَكٌ بَعْدِي، كَانَ بَيْنِي وَبَيْنَ الْجَبَّارِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى سَبْعُونَ أَلْفَ حِجَابٍ مِنْ نُورٍ، الْحِجَابُ يَعْدِلُ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَالسَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِكَذَا وَكَذَا أَلْفِ عَامٍ، فَقَالَ: أَخْبِرْ مُحَمَّداً: أَنَّ خَيْرَ الْبِقَاعِ الْمَسَاجِدُ، وَخَيْرَ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولاً، وَآخِرُهُمْ خُرُوجاً. وَشَرُّ الْبِقَاعِ الْأَسْوَاقُ، وَشَرُّ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولاً، وَآخِرُهُمْ خُرُوجاً.
[أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (6500)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Jibril berdiri di hadapan Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Jibril berdiri di hadapan Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Wahai Jibril! Tanyalah kepada Tuhan kamu kawasan mana yang paling baik dan kawasan mana yang paling buruk? Jibril terketar-ketar di hadapan baginda. Dia berkata kepada Nabi ketika sedar: Wahai Muhammad, adakah Tuhan ditanya? Tuhan lebih mulia dan lebih agung daripada perkara ini. Kemudian Jibril beredar dan datang kepada baginda. Kemudian dia berkata: Aku berdiri pada hari ini di tempat yang tidak pernah dipijak oleh malaikat sebelum dan selepas aku. Di antara aku dan Tuhan Yang Maha Perkasa sejauh 70 000 hijab yang diperbuat daripada cahaya. Hijab itu menyamai Arasy, Kursi, langit dan bumi dengan begini dan begini ribuan tahun. Lalu Allah berfirman: Beritahu kepada Muhammad bahawa sebaik-baik tempat adalah masjid-masjid. Orang yang paling adalah yang paling awal masuk dan yang paling terakhir keluar. Seburuk-buruk tempat adalah pasar-pasar. Orang yang paling buruk adalah yang terawal masuk pasar dan yang terakhir keluar daripada pasar.
[Riwayat Abu Sheikh dalam al-Azamah. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6500]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.