Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا جبريلُ سَلْ ربَّك: أيُّ البقاعِ خيرٌ، وأيُّ البقاعِ شرٌّ؟ فاضطربَ جبريلُ تلقاءَه، فقالَ لَهُ عندَما أفاق: يا محمَّدُ هل يُسألُ الرَّبُّ، الرَّبُّ أجلُّ وأعظمُ من ذلِك؟ ثمَّ غابَ عنْهُ جبريلُ، ثمَّ أتاه، ثمَّ قالَ لَه: يا محمَّدُ لقد وقفتُ اليومَ موقفاً لم يقفْهُ ملَكٌ قبلي، ولا يقفُهُ ملَكٌ بعدي، كانَ بيني وبينَ الجبَّارِ تبارَكَ وتعالى سبعونَ ألفَ حجابٍ من نورٍ، الحجابُ يعدلُ العرشَ والْكرسيَّ والسَّماواتِ والأرضَ بِكذا وَكذا ألفِ عامٍ، فقال: أخبِر محمَّداً: أنَّ خيرَ البقاعِ المساجِدُ، وخيرَ أَهلِها أوَّلُهم دخولاً، وآخرُهم خروجاً. وشَرُّ البقاعِ الأسواقُ، وشرُّ أَهلِها أوَّلُهم دخولاً، وآخرُهم خروجاً.
Teks Bahasa Melayu
“Wahai Jibril! Tanyakanlah kepada Tuhanmu: Tempat manakah yang paling baik? Dan tempat manakah yang paling buruk?” Lalu Jibril AS menggigil ketakutan untuk bertemu dengan tuhannya (sehingga pengsan), lalu Jibril AS telah berkata kepada baginda ﷺ sebaik sahaja sedar dari pengsannya: “Wahai Muhammad! Bagaimana mungkin ditanyakan kepada Tuhan; Yang Maha Mulia dan Maha Agung tentang perkara itu?” Kemudian Jibril AS telah pergi meninggalkan Nabi ﷺ, lalu dia datang kembali seraya berkata kepada baginda ﷺ: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di suatu tempat yang belum pernah berdiri di situ satu malaikat pun sebelumku dan tidak akan berhenti juga di situ satu malaikat pun selepasku. Terdapat di antaraku dan di antara Tuhan Yang Maha Besar, 70 ribu tabir daripada cahaya. Tabir itu menyamai arasy dan singgahsana serta langit dan bumi dengan jarak demikian dan demikian dari ribuan tahun, maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Beritahulah kepada Muhammad: Sesungguhnya sebaik-baik tempat ialah masjid-masjid dan sebaik-baik ahli masjid itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan orang yang paling akhir keluar darinya (masjid). Dan seburuk-buruk tempat ialah pasar-pasar dan seburuk-buruk ahli pasar itu ialah orang yang paling awal memasukinya dan paling akhir keluar darinya (pasar).”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343-344, hadis no. 1802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا-، قَالَ: وَقَفَ جِبْرِيلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا جِبْرِيلُ! سَلْ رَبَّكَ: أَيُّ الْبِقَاعِ خَيْرٌ، وَأَيُّ الْبِقَاعِ شَرٌّ؟» فَاضْطَرَبَ جِبْرِيلُ تِلْقَاءَهُ، فَقَالَ لَهُ عِنْدَمَا أَفَاقَ: «يَا مُحَمَّدُ! هَلْ يُسْأَلُ الرَّبُّ، الرَّبُّ أَجَلُّ وَأَعْظَمُ مِنْ ذَلِكَ؟» ثُمَّ غَابَ عَنْهُ جِبْرِيلُ، ثُمَّ أَتَاهُ، ثُمَّ قَالَ لَهُ: «يَا مُحَمَّدُ! لَقَدْ وَقَفْتُ الْيَوْمَ مَوْقِفًا لَمْ يَقِفْهُ مَلَكٌ قَبْلِي، وَلَا يَقِفُهُ مَلَكٌ بَعْدِي، كَانَ بَيْنِي وَبَيْنَ الْجَبَّارِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى سَبْعُونَ أَلْفَ حِجَابٍ مِنْ نُورٍ، الْحِجَابُ يَعْدِلُ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَالسَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِكَذَا وَكَذَا أَلْفِ عَامٍ، فَقَالَ:أَخْبِرْ مُحَمَّدًا: أَنَّ خَيْرَ الْبِقَاعِ الْمَسَاجِدُ، وَخَيْرَ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولًا، وَآخِرُهُمْ خُرُوجًا. وَشَرُّ الْبِقَاعِ الْأَسْوَاقُ، وَشَرُّ أَهْلِهَا أَوَّلُهُمْ دُخُولًا، وَآخِرُهُمْ خُرُوجًا». [أبو الشيخ في «العظمة»، «الضعيفة» (6500)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Jibril AS telah melihat baginda ﷺ, maka Rasulullah ﷺ berkata kepadanya: “Wahai Jibril! Tanyakanlah kepada Tuhanmu: Tempat manakah yang paling baik? Dan tempat manakah yang paling buruk?” Lalu Jibril AS menggigil ketakutan untuk bertemu dengan tuhannya (sehingga pengsan), lalu Jibril AS telah berkata kepada baginda ﷺ sebaik sahaja sedar dari pengsannya: “Wahai Muhammad! Bagaimana mungkin ditanyakan kepada Tuhan; Yang Maha Mulia dan Maha Agung tentang perkara itu?” Kemudian Jibril AS telah pergi meninggalkan Nabi ﷺ, lalu dia datang kembali seraya berkata kepada baginda ﷺ: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku telah berdiri pada hari ini di suatu tempat yang belum pernah berdiri di situ satu malaikat pun sebelumku dan tidak akan berhenti juga di situ satu malaikat pun selepasku. Terdapat di antaraku dan di antara Tuhan Yang Maha Besar, 70 ribu tabir daripada cahaya. Tabir itu menyamai arasy dan singgahsana serta langit dan bumi dengan jarak demikian dan demikian dari ribuan tahun, maka Allah Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Beritahulah kepada Muhammad: Sesungguhnya sebaik-baik tempat ialah masjid-masjid dan sebaik-baik ahli masjid itu ialah orang yang paling awal masuk dalam kalangan mereka dan orang yang paling akhir keluar darinya (masjid). Dan seburuk-buruk tempat ialah pasar-pasar dan seburuk-buruk ahli pasar itu ialah orang yang paling awal memasukinya dan paling akhir keluar darinya (pasar).” [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Kitab al-‘Aẓamah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6500]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman