TEKS BAHASA ARAB
قال لي جبريل: يا محمد! إن ربك ليخاطبني يوم القيامة فيقول: يا جبريل! مالي أرى فلان بن فلان في صفوف النار، فأقول: يا رب! إنه لم توجد له حسنة يعود عليه خيرها، فيقول: فإني سمعته يقول في دار الدنيا: يا حنان يا منان! فأتِه فاسأله ما أراد بقوله: يا حنان يا منان! قال: فآتيه فأسأله فيقول هل من حنان أو منان غير الله؟ فآخذ بيده من صفوف أهل النار، فأدخله في صفوف أهل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jibril pernah memberitahu kepadaku: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu akan memanggilku pada hari kiamat lalu berfirman: Wahai Jibril! Kenapa aku melihat fulan bin fulan dalam barisan ahli neraka? Jibril menjawab: Wahai Tuhan! Sesungguhnya dia tidak mempunyai pahala yang kebaikannya akan kembali kepadanya. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar dia berkata ketika di dunia: Wahai Yang Maha Penyantun dan Maha Pemberi Anugerah! Datangilah dia dan tanyakan apa yang dia kehendaki dengan ucapannya: Wahai Yang Maha Penyantun dan Maha Pemberi Anugerah! itu? Lalu aku mendatanginya dan aku bertanyakan (hal itu) kepadanya. Lalu dia berkata: Adakah ada yang Maha Penyantun dan Pemberi Anugerah selain daripada Allah? (Mendengarkan itu), maka aku mengambil tangannya daripada barisan ahli neraka lalu aku memasukkannya ke dalam barisan ahli syurga.”
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1555, hadis nombor 7883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((قال لي جبريل: يا محمد! إن ربك ليخاطبني يوم القيامة فيقول: يا جبريل! مالي أرى فلان بن فلان في صفوف النار، فأقول: يا رب! إنه لم توجد له حسنة يعود عليه خيرها، فيقول: فإني سمعته يقول في دار الدنيا: يا حنان يا منان! فأتِه فاسأله ما أراد بقوله: يا حنان يا منان! قال: فآتيه فأسأله فيقول هل من حنان أو منان غير الله؟ فآخذ بيده من صفوف أهل النار، فأدخله في صفوف أهل الجنة)) [حل، ((الضعيفة)) (6262)]
(Munkar)
Daripada Jabir RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jibril pernah memberitahu kepadaku: “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu akan memanggilku pada hari kiamat lalu berfirman: Wahai Jibril! Kenapa aku melihat fulan bin fulan dalam barisan ahli neraka? Jibril menjawab: Wahai Tuhan! Sesungguhnya dia tidak mempunyai pahala yang kebaikannya akan kembali kepadanya. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar dia berkata ketika di dunia: Wahai Yang Maha Penyantun dan Maha Pemberi Anugerah! Datangilah dia dan tanyakan apa yang dia kehendaki dengan ucapannya: Wahai Yang Maha Penyantun dan Maha Pemberi Anugerah! itu? Lalu aku mendatanginya dan aku bertanyakan (hal itu) kepadanya. Lalu dia berkata: Adakah ada yang Maha Penyantun dan Pemberi Anugerah selain daripada Allah? (Mendengarkan itu), maka aku mengambil tangannya daripada barisan ahli neraka lalu aku memasukkannya ke dalam barisan ahli syurga.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6262]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.