Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Jibril, apakah yang menghalangmu untuk mengambil tanganku

Teks Bahasa Arab

يا جبريلُ ! ما منعَكَ أن تأخذَ بيَدي ؟ قالَ : إنَّكَ أخذتَ بيدِ يَهوديٍّ ، فكَرِهْتُ أن تمسَّ يَدي يدًا مسَّتها يدُ كافرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Jibril, apakah yang menghalangmu untuk mengambil tanganku?” Dia menjawab, “Kamu telah mengambil (bersentuhan) tangan seorang Yahudi. Maka aku benci untuk menyentuh tanganku dengan tangan yang menyentuh tangan kafir.

Sahabat Perawi

  1. al-Zubair bin al-Awwam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 556, hadis no. 2896.

(موضوع) عَنِ الزبير بن العوام، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: استقبل رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِبْرِيلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَاوَلَهُ يَدَهُ، فَأَبَى أَنْ يَتَنَاوَلَهَا، فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ نَاوَلَهُ يَدَهُ، فَتَنَاوَلَهَا، فَقَالَ: ((يَا جِبْرِيلُ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَأْخُذَ بِيَدِي؟» قَالَ: «إِنَّكَ أَخَذْتَ بِيَدِ يَهُودِيٍّ، فَكَرِهْتُ أَنْ تَمَسَّ يَدِي يَدًا مَسَّتْهَا يَدُ كَافِرٍ)). [طس، ((الضعيفة)) (6061)]

(Palsu) Daripada al-Zubair bin al-Awwam RA, beliau berkata: Rasulullah SAW menyambut Jibril SAW lalu dia memberikannya tangannya. Namun dia (Jibril) enggan mengambilnya. Lalu Rasulullah SAW meminta air lantas Baginda berwuduk. Kemudian Baginda memberikannya tangannya, lantas dia mengambilnya. Seraya Baginda berkata: “Wahai Jibril, apakah yang menghalangmu untuk mengambil tanganku?” Dia menjawab, “Kamu telah mengambil (bersentuhan) tangan seorang Yahudi. Maka aku benci untuk menyentuh tanganku dengan tangan yang menyentuh tangan kafir.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6061]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.