Wahai Jibril! Apakah yang menghalang kamu daripada memegang tanganku?

TEKS BAHASA ARAB

يا جبريل! ما منعك أن لا تأخذ بيدي؟ قال: إنك أخذت بيد يهودي؛ فكرهت أن تمس يدي يدا مستها يد كافر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Jibril! Apakah yang menghalang kamu daripada memegang tanganku? Jibril menjawab: Sesungguhnya engkau telah memegang tangan seorang Yahudi lalu aku tidak suka tanganku memegang tangan yang telah menyentuh tangan orang kafir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1360, hadis nombor 6935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الزبير رضي الله عنه، قال: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم استقبل جبريل عليه السلام، فناوله يده، فأبى أن يتناولها، فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بماء فتوضأ، ثم ناوله يده، فتناولها، فقال: يا جبريل! ما منعك أن لا تأخذ بيدي؟ قال: إنك أخذت بيد يهودي؛ فكرهت أن تمس يدي يدا مستها يد كافر.
[طس، ((الضعيفة)) (5329)]

(Palsu)
Daripada al-Zubair RA telah berkata: Bahawa Rasulullah SAW berhadapan dengan Jibril AS lalu baginda menghulurkan tangan baginda kepada Jibrill tetapi Jibril enggan menyambutnya. Rasulullah SAW pun meminta air lalu baginda berwuduk. Kemudian baginda menghulurkan tangan baginda lalu Jibril pun menyambutnya. Baginda bertanya: Wahai Jibril! Apakah yang menghalang kamu daripada memegang tanganku? Jibril menjawab: Sesungguhnya engkau telah memegang tangan seorang Yahudi lalu aku tidak suka tanganku memegang tangan yang telah menyentuh tangan orang kafir.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5329]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs