Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا جبريلُ! ما منعك أن لا تأخذَ بيَدِي؟ قال: إنك أَخَذْتَ بيَدِ يهودِيٍّ؛ فكَرِهْتُ أن تَمَسَّ يَدِي يَدًا مَسَّتْها يَدُ كافِرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Jibril! Apakah yang menghalang kamu daripada memegang tanganku? Jibril menjawab: Sesungguhnya engkau telah memegang tangan seorang Yahudi lalu aku tidak suka tanganku memegang tangan yang telah menyentuh tangan orang kafir.
Sahabat Perawi
- Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1216, hadis no. 6190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الزبير رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم استقبل جبريل عليه السلام، فناوله يده، فأبى أن يتناولها، فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بماء فتوضأ، ثم ناوله يده، فتناولها، فقال: يا جبريل! ما منعك أن لا تأخذ بيدي؟ قال: إنك أخذت بيد يهودي؛ فكرهت أن تمس يدي يدا مستها يد كافر. [طس، ((الضعيفة)) (5329، 6061)]
(Palsu) Daripada al-Zubair RA bahawa Rasulullah SAW berhadapan dengan Jibril AS lalu Baginda menghulurkan tangannya tetapi Jibril enggan menyambutnya. Rasulullah SAW pun meminta air lalu baginda berwuduk. Kemudian baginda menghulurkan tangan baginda lalu Jibril pun menyambutnya. Baginda bertanya: Wahai Jibril! Apakah yang menghalang kamu daripada memegang tanganku? Jibril menjawab: Sesungguhnya engkau telah memegang tangan seorang Yahudi lalu aku tidak suka tanganku memegang tangan yang telah menyentuh tangan orang kafir. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5329, 6061]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman