Wahai Jibril apakah yang menghalang engkau bersalaman denganku?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "استقبل رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم جبريل، فناوله يده، فأبى أن يتناولها. فقال: يا جبريل ما منعك أن تأخذ بيدي؟ فقال: إنك أخذت بيد يهودي، فكرهت أن تمس يدي يدا مستها يد كافر، فدعا بماء فتوضأ، فناوله يده، فأخذها بيده".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW menyambut Jibril AS kemudian Nabi SAW menghulurkan tangan baginda untuk bersalam dengannya, Jibril enggan menyambutya, lalu Nabi SAW bersabda: Wahai Jibril apakah yang menghalang engkau bersalaman denganku? Jibril Menjawab: Sesungguhnya engkau bersalaman dengan Yahudi, dan aku tidak suka menyentuh tangan yang disentuh oleh orang kafir, lalu nabi meminta air kemudian berwudhu dan menghulurkan tangannya kepada Jibril dan Jibril menyambut tangan Nabi SAW.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 7-8, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلى عن الزبير مرفوعا، وقال: موضوع وفي إسناده عمر بن أبي عمر العبدى، متروك.

ِAl-Uqaili meriwayatkan daripada al-Zubair secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) dan al-Uqaili berkata: Hadith ini palsu kerana pada sanadnya terdapat Umar bin Abi Umar al-‘Abdi dan dia matruk (terlalu dhaif kerana dituduh berdusta).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs