Wahai Jibril, aku menebus Al-Husain dengan Ibrahim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كنت عند النبي صلى الله عليه وآله وسلم، وعلى فخذه الأيسر ابنه إبراهيم، وعلى فخذه الأيمن الحسين بن علي. يقبل هذا تارة. وتارة يقبل هذا. فهبط جبريل فقال: يا محمد، إن ربك يقرأ عليك السلام، ويقول لك: لست أجمعهما لك، فافد أحدهما بصاحبه، ثم قال: يا جبريل فديت الحسين بإبراهيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku sedang bersama Nabi SAW. Di atas paha kiri Baginda ada anaknya Ibrahim, di atas paha kanannya pula ada Al-Husain bin Ali. Sesekali Baginda mencium yang di sini dan sesekali Baginda mencium yang di sana. Lalu Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu, lalu Dia berfirman kepadamu: Aku tidak menghimpunkan kedua-dua mereka untuk kamu, maka tebuslah salah seorang daripada mereka dengan sahabatnya. Baginda lalu bersabda: Wahai Jibril, aku menebus Al-Husain dengan Ibrahim.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 387, hadis nombor 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا. قال الدارقطني: الحديث باطل.

Al-Khatib meriwayatkannya daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Al-Daraqutni berkata: Hadith ini batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs