Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?

TEKS BAHASA ARAB

قلت: يا جبريل أيصلي ربك؟ قال: نعم، قلت: ما صلاته؟ قال: سبوح قدوس، سبقت رحمتي غضبي، سبقت رحمتي غضبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku (Nabi) bertanya: "Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?". Jibril menjawab: "Ya". Lantas aku bertanya: "Apakah selawat-Nya?". Jibril membalas: "Maha Suci lagi Maha Kudus. Rahmat-Ku mendahului murka-Ku, rahmat-Ku mendahului murka-Ku".

STATUS

Palsu dengan sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis nombor 2427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «قلت: يا جبريل أيصلي ربك؟ قال: نعم، قلت: ما صلاته؟ قال: سبوح قدوس، سبقت رحمتي غضبي، سبقت رحمتي غضبي». [طص، «الضعيفة» (1386)].

(Palsu Dengan Sempurna Begini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Aku (Nabi) bertanya: "Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?". Jibril menjawab: "Ya". Lantas aku bertanya: "Apakah selawat-Nya?". Jibril membalas: "Maha Suci lagi Maha Kudus. Rahmat-Ku mendahului murka-Ku, rahmat-Ku mendahului murka-Ku". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1386].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.