Palsu dengan sempurna begini

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?

Teks Bahasa Arab

قلتُ: يا جبريلُ أيصلِّي ربُّك؟ قال: نعَم، قُلتُ: ما صلاتُه؟ قال: سُبُّوحٌ قدُّوسٌ، سبقَت رحمَتي غضَبي، سبَقَت رحمَتي غضَبي.

Teks Bahasa Melayu

Aku (Nabi) bertanya: "Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?". Jibril menjawab: "Ya". Lantas aku bertanya: "Apakah selawat-Nya?". Jibril membalas: "Maha Suci lagi Maha Kudus. Rahmat-Ku mendahului murka-Ku, rahmat-Ku mendahului murka-Ku".

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu dengan sempurna begini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis no. 2427.

(موضوع بهذا التمام) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «قلت: يا جبريل أيصلي ربك؟ قال: نعم، قلت: ما صلاته؟ قال: سبوح قدوس، سبقت رحمتي غضبي، سبقت رحمتي غضبي». [طص، «الضعيفة» (1386)].

(Palsu Dengan Sempurna Begini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Aku (Nabi) bertanya: "Wahai Jibril, adakah Tuhanmu berselawat?". Jibril menjawab: "Ya". Lantas aku bertanya: "Apakah selawat-Nya?". Jibril membalas: "Maha Suci lagi Maha Kudus. Rahmat-Ku mendahului murka-Ku, rahmat-Ku mendahului murka-Ku". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1386].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.