Wahai Jabir, sesungguhnya Allah menciptakan cahaya Nabi kamu

TEKS BAHASA ARAB

عن جابر، قلت: يا رسول الله بأبي أنت وأمي أخبرني عن أول شيء خلقه الله قبل الأشياء فقال يا جابر إن الله خلق قبل الأشياء نور نبيك من نوره فجعل ذلك النور يدور بالقدرة حيث شاء الله ولم يكن في ذلك الوقت لوح ولا قلم ولا جنة ولا نار ولا ملك ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا جني ولا إنس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jabir berkata: "Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, khabarkan kepada aku tentang perkara pertama yang Allah ciptakan sebelum segala sesuatu." Rasulullah SAW bersabda : "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah menciptakan cahaya Nabi kamu daripada cahaya-Nya sebelum segala sesuatu. Ia berputar pada qadar yang mana ianya di atas kehendak Allah. Pada masa itu tidak ada loh, pena, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin mahupun manusia."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

الْحَدِيثُ الْمَذْكُورُ بِتَمَامِهِ فِي الْمَوَاهِبِ اللَّدُنِّيَّةِ وَغَيْرِهِ. وَقَدْ أخطأوا فِي فَهْمِ الْمُرَادِ النَّبَوِيِّ وَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ الإِضَافَةَ فِي قَوْلِهِ مِنْ نُورِهِ كَالإِضَافَةِ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى فِي قِصَّةِ خَلْقِ آدَمَ ونفخت فِيهِ من روحي وَكَقَوْلِهِ تَعَالَى مِنْ قِصَّةِ سَيِّدِنَا عِيسَى وَرَوْحٌ مِنْهُ، وَكَقَوْلِهِمْ بَيْتُ اللَّهِ الْكَعْبَةُ وَالْمَسَاجِدُ وَقَوْلِهِمْ رَوْحُ اللَّهِ لِعِيسَى وَغَيْرِ ذَلِكَ.
قَالَ الزُّرْقَانِيُّ فِي شَرْحِ الْمَوَاهِبِ عِنْدَ شَرْحِ قَوْلِهِ مِنْ نُورِهِ إِضَافَةَ تَشْرِيفٍ وَإِشْعَارٍ بِأَنَّهُ خَلْقٌ عَجِيبٌ، وَأَنَّ لَهُ شَأْنًا لَهُ مُنَاسَبَةٌ مَا إِلَى الْحَضْرَةِ الرُّبُوبِيَّةِ عَلَى حَدِّ قَوْلِهِ تَعَالَى وَنَفَخَ فِيهِ من روحه، وَهِيَ بَيَانِيَّةٌ أَيْ مِنْ نُورٍ هُوَ ذَاتُهُ لَا بِمَعْنَى إِنَّهَا مَادَةُ خَلْقِ نُورِهِ بَلْ بِمَعْنَى تَعَلُّقِ الإِرَادَةِ بِهِ بِلا وَاسِطَةِ شَيْء فِي وجوده. انْتهى. وَقَالَ أَيْضًا قَبْلَ ذَلِكَ بِأَوْرَاقٍ عَدِيدَةٍ أَمَّا مَا ذَكَر مِنْ أَنَّ اللَّهَ قَبَضَ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ قَبْضَةً وَنَظَرَ إِلَيْهَا فَعَرَقَتْ وَذَلَقَتْ فَخَلَقَ اللَّهُ مِنْ كُلِّ نُقْطَةٍ نَبِيًّا وَإِنَّ الْقَبْضَةَ كَانَتْ هِيَ النَّبِي وَإِنَّهُ كَانَ كَوْكَبًا دُرِّيًّا وَإِنَّ الْعَالَمَ كُلَّهُ خُلِقَ مِنْهُ وَإِنَّهُ كَانَ مَوْجُودًا قَبْلَ أَنْ يُخْلَقَ أَبَوَاهُ، وَإِنَّهُ كَانَ يَحْفَظُ الْقُرْآنَ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيهِ جِبْرِيلُ وَأَمْثَالُ هَذِهِ الأُمُورِ فَقَالَ الْحَافِظُ أَبُو الْعَبَّاسِ أَحْمَدُ بْنُ تَيْمِيَةَ فِي فَتَاوِيهِ وَنَقَلَهُ الْحَافِظُ ابْنُ كَثِيرٍ فِي تَارِيخِهِ وَأَقَرَّهُ كُلُّ ذَلِكَ كَذِبٌ مُفْتَرَى بِاتِّفَاقِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِحَدِيثِهِ انْتِهَى.

Hadis yang disebutkan dinukilkan secara lengkap di dalam Al-Mawahib Al-Ladunniah dan lain-lain. Mereka telah tersalah dalam memahami maksud Nabi dan mereka tidak tahu bahawa idhafah pada perkataan نوره adalah sama seperti mana firman Allah di dalam kisah penciptaan Nabi Adam :

Dan juga firman Allah di dalam kisah Nabi Isa dan dia adalah rohNya.
Begitu juga perkataan biasa yang mereka ucapkan seperti Baitullah yang bermakna Kaabah dan masjid. Begitu juga Ruh Allah yang dinisbahkan kepada Nabi Isa dan lain-lain lagi.
Al-Zurqani di dalam Syarh Al-Mawahib ketika menjelaskan maksud sabdaan Nabi iaitu نوره yang bermaksud cahaya-Nya ianya merupakan idhofah (sandaran) yang membawa makna kemuliaan dan menimbulkan perasaan bahawa ia adalah ciptaan yang hebat.Dan ianya dinisbahkan kepada Rububiyyah dengan bersandarkan firman Allah :
وَنَفَخَ فِيهِ من روحه

’Maksudnya: Dia meniupkan padanya dari rohNya.
Ayat ini merupakan penjelasan yang bermaksud daripada cahaya yang merupakan dirinya sendiri bukan bermakna ia merupakan bahan untuk menciptakan cahaya Nabi. Ia bermaksud adanya pergantungan kehendak Allah tanpa ada perantaraan untuk mewujudkannya.
Beliau juga mengatakan dalam beberapa halaman : Adapun yang disebutkan bahawa Allah mengambil segenggam daripada cahaya wajah-Nya dan Dia melihat kepada cahaya tersebut lalu ia bersinar dan bercahaya. Maka kemudiannya Dia menciptakan dari setiap titik seorang Nabi. Yang sengenggam itulah Nabi SAW. Baginda adalah bintang yang berkerlipan. Dunia ini diciptakan daripada cahaya tersebut dan ianya telah wujud sebelum diciptakan kedua ibu bapa Baginda. Baginda telah menghafal Al-Quran sebelum kedatangan Jibril dan lain-lain lagi.
Al-Hafiz Abu Al-Abbas Ahmad Bin Taimiyah menyebut di dalam fatwanya dan ianya dinukilkan oleh Ibnu Kathir di dalam kitabnya Al-Tarikh serta mengakui bahawa kesemua itu adalah dusta yang direka-reka. Ini disetujui oleh para ahli ilmu yang pakar dengan hadis.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs