Wahai ‘Ikrasy, makanlah kamu dengan cara yang kamu mahu

TEKS BAHASA ARAB

يا عكراش! كل من حيث شئت؛ فإنه من غير لون واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ikrasy, makanlah kamu dengan cara yang kamu mahu, ini kerana ia bukan makanan yang satu warna.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 222, hadis nombor 1177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عكراش، قال: بعثني بنو مرة بن عبيد بصدقات أموالهم إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقدمت عليه المدينة، فوجدته جالسا مع المهاجرين والأنصار، فأتيته بإبل كأنها عروق الأرطى، فقال:((من الرجل؟))، فقلت: عكراش بن ذؤيب، قال: ((ارفع في النسب))، فقلت: ابن حرقوص بن جعدة بن عمرو بن النزال بن مرة بن عبيد، وهذه صدقات بني مرة بن عبيد، فتبسم رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ثم قال: هذه إبل قومي؛ هذه صدقات قومي. ثم أمر بها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أن توسم بميسم إبل الصدقة وتضم إليها، ثم أخذ بيدي، فانطلق بي إلى منزل أم سلمة زوج النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((هل من طعام؟))، فأتينا بجفنة كثيرة الثريد والوذر فأقبلنا نأكل منها، فأكل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مما بين يديه، وجعلت أخبط في نواحيها، فقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بيده اليسرى على يدي اليمنى ثم قال: ((يا عكراش! كل من موضع واحد؛ فإنه طعام واحد))، ثم أتينا بطبق فيه ألوان من رطب أو تمر – شك عبيد الله بن عكراش رطبا كان تمرا -، فجعلت آكل من بين يدي، وجالت يد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في الطبق، ثم قال: ((يا عكراش! كل من حيث شئت؛ فإنه من غير لون واحد)). ثم أتينا بماء فغسل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يديه، ثم مسح ببلل كفيه وجهه وذراعيه ثم قال: ((يا عكراش! هكذا الوضوء، مما غيرت النار)). [ت، هـ-مختصرا-، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (5098)]

(Lemah)
Daripada ‘Ikrasy beliau berkata: Aku telah diutuskan oleh Bani Murrah bin ‘Ubaid untuk membawa sedekah (zakat) harta mereka kepada Rasulullah SAW. Sebaik sahaja sampai di Madinah, aku mendapati Baginda sedang duduk bersama-sama dengan golongan Muhajirin dan Ansar. Kemudian aku mendatangi Baginda dengan menunggang seekor unta yang seakan-akan ia merupakan unta merah (iaitu unta yang terbaik). Lalu Baginda bertanya: ‘Siapakah lelaki ini?.’ Aku menjawab:‘Ikrasy bin Dzu’aib. Baginda bersabda: ‘Panjangkan lagi sebutan nama keturunanmu. Kemudian aku berkata: Ibn Hurqus bin Ja’dah bin ‘Amru bin al-Nazzal bin Murrah bin ‘Ubaid. Dan ini adalah zakat daripada Bani Murrah bin ‘Ubaid. Kemudian Rasulullah SAW tersenyum, aku menyambung lagi: Ini adalah unta kaumku, dan ini adalah zakat kaumku. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan supaya unta itu diikat dengan talinya serta menetap di situ. Lalu Baginda memegang tanganku, dan Baginda membawaku menuju ke rumah Ummu Salamah isteri Nabi SAW. Lalu Baginda bertanya: ‘Adakah di rumah ini mempunyai makanan (untuk dimakan)?’. Kemudian kami pun dihidangkan sebuah mangkuk makanan yang berisi dengan al-tsarid dan juga daging yang banyak. Kemudian kami pun menghadap ke arah hidangan tersebut untuk kami mulakan santapan. Lalu Rasulullah SAW pun memakan apa yang terdapat di hadapan Baginda. Manakala aku pula mengambil daripada keseluruhan kawasan hidangan tersebut. Lalu Rasulullah SAW menggenggam tangan kananku dengan menggunakan tangan kiri Baginda. Kemudian Baginda bersabda: ‘Wahai ‘Ikrasy, makanlah dari tempat yang sama, kerana ia merupakan (daripada jenis) makanan yang satu (sama).’ Kemudian kami dihidangkan bekas makanan yang terdapat di dalamnya rutab atau tamar pebagai warna – ‘Ubaidullah bin ‘Ikrasy syak samada rutab atau tamar – Lalu aku pun memakan apa yang terdapat di hadapanku, dan tangan Rasulullah SAW menjalar pada bekas makanan tersebut. Kemudian Baginda bersabda: ‘Wahai ‘Ikrasy, makanlah kamu dengan cara yang kamu mahu, ini kerana ia bukan makanan yang satu warna.’ Kemudian kami diberikan air, lalu Rasulullah SAW membasuh kedua tangan Baginda. Kemudian Baginda menyapu dengan saki baki air di kedua tapak tangan Baginda ke arah muka dan dua lengan Baginda. Lalu Baginda bersabda: ‘Wahai ‘Ikrasy, beginilah wuduk disebabkan (memakan) sesuatu yang berubah kerana api.’"
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Ibn Mājah dalam Sunan beliau (Ringkasan), dan Abu Bakar al-Syafi’e dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs