Wahai 'Ikrash, makanlah daripada mana yang kamu suka

TEKS BAHASA ARAB

يا عكراش! كل من حيث شئت؛ فإنه من غير لون واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Ikrash, makanlah daripada mana yang kamu suka, kerana ia ada lebih daripada satu jenis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 418-419, hadis nombor 2256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عكراش – رضي الله عنه -، قال: بعثني بنو مُرَّة بن عبيد بصدقات أموالهم إلى رسول الله ﷺ، فقدمت عليه المدينة، فوجدته جالسا مع المهاجرين والأنصار، فأتيته بإبل كأنها عروق الأرطى، فقال: «من الرجل ؟»، فقلت: عكراش بن ذؤيب. قال: «ارفع في النسب»، فقلت: ابن حُرْقُوص بن جَعْدة بن عمرو ابن النَّزَّال بن مُرة بن عبيد، وهذه صدقات بني مرة بن عبيد، فتبسم رسول الله ﷺ ثم قال: «هذه إبل قومي؛ هذه صدقات قومي». ثم أمر بها رسول الله ﷺ أن توسم بميسم إبل الصدقة وتضم إليها، ثم أخذ بيدي، فانطلق بي إلى منزل أم سلمة زوج النبي ﷺ فقال: «هل من طعام ؟»، فأتينا بجفنة كثيرة الثريد والوذر فأقبلنا نأكل منها، فأكل رسول الله ﷺ مما بين يديه، وجعلت أخبط في نواحيها، فقبض رسول الله ﷺ بيده اليسرى على يدي اليمنى ثم قال: «يا عكراش! كل من موضع واحد؛ فإنه طعام واحد»، ثم أتينا بطبق فيه ألوان من رطب أو تمر – شك عبيد الله بن عكراش رطبا كان أو تمرا -، فجعلت آكل من بين يدي، وجالت يد رسول الله ﷺ في الطبق، ثم قال: (يَا عِكراشُ! كُلْ مِنْ حَيْثُ شِئْتَ؛ فَإِنَّهُ مِنْ غَيْرِ لَوْن وَاحِد). ثم أتينا بماء، فغسل رسول الله ﷺ يديه، ثم مسح ببلل كفيه وجهه وذراعيه ثم قال: «يا عكراش! هكذا الوضوء، مما غيرت النار». [أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (5098)].

(Lemah) Daripada ‘Ikrash RA, beliau berkata: Aku diutuskan oleh Bani Murrah bin ‘Ubayd dengan harta zakat mereka untuk dihantarkan kepada Rasulullah ﷺ, maka aku menghadap Rasulullah ﷺ di Madinah. Aku mendapati baginda sedang duduk bersama kaum muhajirin dan ansar. Aku pun pergi bertemu baginda dengan seekor unta yang mana ia seperti akar pokok Artah. Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Siapakah lelaki itu?". Maka aku menjawab: "’Ikrash bin Zu’ayb". Baginda membalas: "Ataskan lagi (nama) keturunan", maka aku menjawab: "bin Hurqus bin Ja’dah bin ‘Amr bin al-Nazzal bin Murrah bin ‘Ubayd. Manakala ini ialah harta zakat Bani Murrah bin ‘Ubayd". Rasulullah ﷺ pun tersenyum lalu bersabda: "Ini ialah unta kaumku, ini ialah harta zakat kaumku". Kemudian Rasulullah ﷺ mengarahkan agar unta tadi ditanda dengan cap unta zakat serta disekalikan dengannya. Kemudian baginda memegang tanganku dan membawa aku ke rumah Ummu Salamah, isteri Nabi ﷺ. Lalu baginda bertanya: "Ada makanan?". Lalu baginda membawakan kepada kami sebuah mangkuk yang penuh dengan tharid (campuran roti dan kuah) dan potongan daging. Kami pun menghampirinya dan memakannya. Rasulullah ﷺ makan apa yang berada di hadapannya, manakala aku pula berlegar pada banyak sudut mangkuk. Rasulullah ﷺ lantas memegang tangan kananku dengan tangan kiri baginda lalu bersabda: "Wahai ‘Ikrash, makanlah daripada satu tempat yang sama, kerana ia makanan yang sama". Kemudian baginda membawakan kepada kami sebuah piring berisi pelbagai jenis kurma matang atau kurma masak – ‘Ubaidullah bin ‘Ikrash tidak pasti adakah ia kurma matang atau kurma masak -, jadi aku pun makan apa yang ada dihadapanku, sedangkan tangan Rasulullah ﷺ bergerak di sekitar piring. Kemudian baginda bersabda: ("Wahai ‘Ikrash, makanlah daripada mana yang kamu suka, kerana ia ada lebih daripada satu jenis"). Kemudian baginda membawakan air kepada kami, lalu Rasulullah ﷺ membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian baginda menyapu mukanya dan kedua-dua lengannya dengan basahan kedua-dua tapak tangan baginda. Kemudian baginda bersabda: "Wahai ‘Ikrash, ini ialah cara wuduk disebabkan sesuatu yang dimasak dengan api". [Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Syafi'i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5098].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs