Wahai Ibnu Maz’un, berpuasalah!

TEKS BAHASA ARAB

عليك يا ابن مظعون بالصيام فإنه مجفرة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ibn Maz’un, berpuasalah! Sesungguhnya puasa akan menghilangkan syahwatmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis nombor 5767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن مظعون رضي الله عنه أنه قال: يا رسول الله إني رجل يشق علي هذه العزوبة في المغازي فائذن لي في الخصاء فأختصي فقال: عليك يا ابن مظعون بالصيام فإنه مجفرة له. [فر، الضعيفة (3893)]

(Lemah) Daripada Uthman bin Maz’un RA berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang amat terseksa dengan zaman bujang ini (seolah-olah aku berperang dengan sifat bujang aku ini), maka izinkan aku untuk memandulkan diri aku ini. Rasulullah telah bersabda: Wahai Ibnu Maz’un, berpuasalah! Sesungguhnya puasa akan menghilangkan syahwatmu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3893]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs