Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليك يا ابن مظعون بالصِيَامِ فإنه مَجْفَرَةٌ له.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ibn Maz’un, berpuasalah! Sesungguhnya puasa akan menghilangkan syahwatmu.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Maz'un RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis no. 5767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان بن مظعون رضي الله عنه أنه قال: يا رسول الله إني رجل يشق علي هذه العزوبة في المغازي فائذن لي في الخصاء فأختصي فقال: عليك يا ابن مظعون بالصيام فإنه مجفرة له. [فر، الضعيفة (3893)]
(Lemah) Daripada Uthman bin Maz’un RA berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang amat terseksa dengan zaman bujang ini (seolah-olah aku berperang dengan sifat bujang aku ini), maka izinkan aku untuk memandulkan diri aku ini. Rasulullah telah bersabda: Wahai Ibnu Maz’un, berpuasalah! Sesungguhnya puasa akan menghilangkan syahwatmu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3893]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman