Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا ابٍنَ عُمَرَ! دِينُكَ دِينُكَ، إِنَّمَا هُوَ لَحْمُكَ وَدَمُكَ، فَانظُرْ عمَّنْ تَأْخُذُ، خُذْ عَنِ الََّذِينَ اسْتَقَامُوا، وَلَا تَأْخُذ عَنِ الَّذِينَ مَالُوا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Ibn 'Umar! (Jagalah) Agamamu! (Jagalah) Agamamu! Sesungguhnya ia adalah daging dan darahmu. Lihatlah daripada siapa kamu mengambilnya. Ambillah ia daripada orang yang istiqamah dan jangan ambil daripada orang yang mudah lemah semangat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1311, hadis no. 6696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يا ابن عمر! دينك دينك، إنما هو لحمك ودمك، فانظر عمن تأخذ، خذ عن الذين استقاموا، ولا تأخذ عن الذين مالوا. [الخطيب في ((الكفاية))، ((الضعيفة)) (١١٢٦)].
(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Wahai Ibn 'Umar! (Jagalah) Agamamu! (Jagalah) Agamamu! Sesungguhnya ia adalah daging dan darahmu. Lihatlah daripada siapa kamu mengambilnya. Ambillah ia daripada orang yang istiqamah dan jangan ambil daripada orang yang mudah lemah semangat. [Riwayat al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1126].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman