Wahai Ibn Auf! Sesungguhnya engkau adalah orang yang kaya

TEKS BAHASA ARAB

يا ابن عوف! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفا، فأقرض الله يطلق قدميك. قال: فما أقرض الله؟ قال: تتبرأ مما أنت فيه، قال: يا رسول الله! من كله أجمع؟ قال: نعم. فخرج ابن عوف وهو يهم بذلك، فأرسل إليه رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: أتاني جبريل فقال: مر ابن عوف فليضف الضيف، وليطعم المسكين وليعط السائل، وليبدأ بمن يعول، فإنه إذا فعل ذلك كان تزكية ما هو فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ibn Auf! Sesungguhnya engkau adalah orang yang kaya, engkau tidak akan memasuki syurga kecuali dalam keadaan merangkak, maka berikanlah pinjaman kepada Allah nescaya kakimu akan dilepaskan.” Beliau berkata: “Apa yang patut aku berikan (sebagai pinjaman) kepada Allah? Baginda bersabda: “(Dengan) engkau melepaskan dirimu dari apa yang sedang engkau miliki.” Beliau berkata: Daripada semuanya yang aku kumpulkan? Nabi menjawab: Ya. Lalu Ibn Auf keluar dalam keadaan gusar memikirkan hal itu. Lalu (kemudian) Rasulullah menghantar utusan kepadanya dan baginda berkata: “Jibril telah mendatangiku dan berkata: Perintahkanlah Ibn Auf untuk menerima tetamu, memberi makan kepada orang miskin, dan memberi (sedekah) kepada orang yang meminta, dan mulakanlah dengan keluarga yang dia tanggung nafkahnya, sekiranya beliau melakukannya maka ia adalah penyucian buat dirinya.”

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis nombor 4447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الرحمن بن عوف -رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: ((يا ابن عوف! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفا، فأقرض الله يطلق قدميك)). قال: فما أقرض الله؟ قال: ((تتبرأ مما أنت فيه))، قال: يا رسول الله! من كله أجمع؟ قال: ((نعم)). فخرج ابن عوف وهو يهم بذلك، فأرسل إليه رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: ((أتاني جبريل فقال: مُر ابن عوف فليضف الضيف، وليطعم المسكين، وليعط السائل، وليبدأ بمن يعول، فإنه إذا فعل ذلك كان تزكية ما هو فيه)). [ابن سعد، طب،حل، ك، ((الضعيفة)) (1772)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abd al-Rahman bin Auf daripada Rasulullah SAW baginda berkata: “Wahai Ibn Auf! Sesungguhnya engkau adalah orang yang kaya, engkau tidak akan memasuki syurga kecuali dalam keadaan merangkak, maka berikanlah pinjaman kepada Allah nescaya kakimu akan dilepaskan.” Beliau berkata: “Apa yang patut aku berikan (sebagai pinjaman) kepada Allah? Baginda bersabda: “(Dengan) engkau melepaskan dirimu dari apa yang sedang engkau miliki.” Beliau berkata: Daripada semuanya yang aku kumpulkan? Nabi menjawab: Ya. Lalu Ibn Auf keluar dalam keadaan gusar memikirkan hal itu. Lalu (kemudian) Rasulullah menghantar utusan kepadanya dan baginda berkata: “Jibril telah mendatangiku dan berkata: Perintahkanlah Ibn Auf untuk menerima tetamu, memberi makan kepada orang miskin, dan memberi (sedekah) kepada orang yang meminta, dan mulakanlah dengan keluarga yang dia tanggung nafkahnya, sekiranya beliau melakukannya maka ia adalah penyucian buat dirinya.”
[Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Hakim dalam al-Mustadrak . Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1772].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs