Wahai Humaira’, tidakkah kamu perasan bahawa al-‘Anin merupakan salah satu nama daripada nama-nama Allah Azza wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله – عز وجل -، يستريح به المريض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Humaira’, tidakkah kamu perasan bahawa al-‘Anin merupakan salah satu nama daripada nama-nama Allah Azza wa Jalla, yang mana seorang pesakit akan berasa tenang dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis nombor 1109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: دخل علي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وفي البيت مريض يئن، فمنعته عائشة، فقال رسول الله: ((يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله – عز وجل -، يستريح به المريض)). [فر، ((الضعيفة)) (4051)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW masuk ke rumahku, dan di dalam rumah terdapat seorang pesakit yang merintih. Kemudian ‘Aishah melarang pesakit tersebut (berbuat demikian). Maka Rasulullah SAW berkata: Wahai Humaira’, tidakkah kamu perasan bahawa al-‘Anin merupakan salah satu nama daripada nama-nama Allah Azza wa Jalla, yang mana seorang pesakit akan berasa tenang dengannya.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4051]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs