Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا حميراءُ! أما شعرتِ أنَّ الأنينَ اسمٌ من أسماءِ اللهِ عز وجل، يستريحُ بهِ المريضُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Humaira’, tidakkah kamu perasan bahawa al-‘Anin merupakan salah satu nama daripada nama-nama Allah Azza wa Jalla, yang mana seorang pesakit akan berasa tenang dengannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis no. 1109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: دخل علي رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وفي البيت مريض يئن، فمنعته عائشة، فقال رسول الله: ((يا حميراء! أما شعرت أن الأنين اسم من أسماء الله - عز وجل -، يستريح به المريض)). [فر، ((الضعيفة)) (4051)]
(Daif) Daripada ‘Aishah RA beliau berkata: Rasulullah SAW masuk ke rumahku, dan di dalam rumah terdapat seorang pesakit yang merintih. Kemudian ‘Aishah melarang pesakit tersebut (berbuat demikian). Maka Rasulullah SAW berkata: Wahai Humaira’, tidakkah kamu perasan bahawa al-‘Anin merupakan salah satu nama daripada nama-nama Allah Azza wa Jalla, yang mana seorang pesakit akan berasa tenang dengannya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4051]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman