Wahai Humaira’, janganlah makan tanah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا حميراء لا تأكلي الطين، فإنه يورث كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Wahai Humaira’, janganlah makan tanah kerana ia mewariskan begitu dan begini.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 225, hadis nombor 721. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: يَا حميراء. قَالَ الْمزي: كل حَدِيث فِيهِ: يَا حميراء، مَوْضُوع. وَقَالَ ابْن قيم الجوزية: وَحَدِيث يَا حميراء، وَذكر الحَدِيث، فَهُوَ كذب مختلق. وَكَذَا: يَا حميراء لَا تأكلي الطين، فَإِنَّهُ يُورث كَذَا وَكَذَا. وَحَدِيث: خُذُوا شطر دينكُمْ عَن الْحُمَيْرَاء. انْتهى.

Hadith: “Wahai Humaira’..” al-Mizzi berkata: setiap hadith yang disebut padanya Humaira’ adalah palsu. Dan Ibn Qayyim al-Jawziyah berkata: “Dan Hadith Wahai Humaira’…”, beliau menyebutkan hadis tersebut, “Maka, ia dusta, rekaan”. Demikan juga Hadith: “Wahai Humaira’, janganlah makan tanah kerana ia mewariskan begitu dan begini.” dan Hadith: “Ambillah sebahagian agama kalian daripada al-Humaira”. Tamat nukilan. al-Suyuti telah memberikan komentar terhadap penilaian hadith (yang dilakukan tokoh sebelum beliau), bahawa terdapat dalam hadith sahih menyebutkan: Wahai Humaira’. Ia hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Nabi SAW menyebutkan tentang keluarnya sebahagian Ummahat al-Mu’minin, lalu ‘Aisyah pun ketawa. Baginda bersabda: Tunggulah kamu, wahai Humaira’ bila sampai giliranmu. Kemudian Baginda berpaling kepada ‘Ali, lalu bersabda: "Jika kamu menguruskan apa-apa urusannya, maka berlemah lembutlah terhadapnya". al-Hakim berkata dalam al-Mustadrak: Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs