Wahai Humaira’, jangan makan buah tin

TEKS BAHASA ARAB

 يَا حُمَيْرَاءُ لا تَأْكُلِي الطِّينَ فَإِنَّهُ يُورِثَ كَذَا وَكَذَا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Humaira’, jangan makan buah tin kerana ia mewariskan begitu dan begini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

Semua hadis yang menyebutkan lafaz “Wahai Humaira” atau “al-Humaira” adalah penipuan lagi palsu.

Contoh hadis lainnya:
يَا حُمَيْرَاءُ لا تَأْكُلِي الطِّينَ فَإِنَّهُ يُورِثَ كَذَا وَكَذَا
“Wahai Humaira’, jangan makan buah tin kerana ia mewariskan begitu dan begini.”
—————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/188-189), beliau berkata: Tidak sahih.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon