Wahai Harmalah! Lakukanlah perkara makruf dan jauhilah perkara mungkar

TEKS BAHASA ARAB

يا حرملة! ائت المعروف، واجتنب المنكر، وانظر ما يعجب أذنك أن يقول لك القوم إذا قمت من عندهم فأته، وانظر الذي تكرهه أن يقول لك القوم إذا قمت من عندهم فاجتنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Harmalah! Lakukanlah perkara makruf dan jauhilah perkara mungkar dan perhatikanlah perkara yang telinga kamu suka (dengar) untuk disebut oleh orang ramai kepadamu apabila kamu berada bersama mereka, maka lakukanlah ia, dan perhatikanlah perkara yang telingamu tidak suka orang ramai menyebutkan kepadamu apabila kamu berada dengan mereka, maka jauhilah perkara itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1311 – 1312, hadis nombor 6697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حرملة بن عبد الله رضي الله عنه: أنه خرج حتى أتى النبي صلى الله عليه وسلم، فكان عنده حتى عرفه النبي صلى الله عليه وسلم، فلما ارتحل، قلت في نفسي: والله لآتين النبي صلى الله عليه وسلم حتى أزداد من العلم، فجئت أمشي، حتى قمت بين يديه، فقلت: ما تأمرني أعمل؟ قال: يا حرملة! ائت المعروف، واجتنب المنكر. ثم رجعت حتى جئت الراحلة. ثم أقبلت حتى قمت مقامي قريبا منه، فقلت: يا رسول الله! ما تأمرني أعمل؟ قال: يا حرملة! ائت المعروف، واجتنب المنكر، وانظر ما يعجب أذنك أن يقول لك القوم إذا قمت من عندهم فأته، وانظر الذي تكرهه أن يقول لك القوم إذا قمت من عندهم فاجتنبه.
[خد، ابن سعد، ((الضعيفة)) (١٤٨٩)].

(Lemah)
Daripada Harmalah bin ‘Abdillah RA bahawa beliau telah keluar hingga beliau bertemu Nabi SAW, beliau duduk berhampiran baginda hingga Nabi SAW mengenali beliau. Apabila baginda pergi, aku berkata dalam hatiku: Demi Allah! Aku pasti akan datang menemui Nabi SAW hingga boleh menambahkan ilmu. Lalu aku pergi dengan berjalan kaki hingga aku berdiri di hadapan baginda, aku pun bertanya: Apakah yang kamu suruh aku lakukan? Baginda menjawab: Wahai Harmalah! Lakukanlah perkara makruf dan jauhilah perkara mungkar. Kemudian aku pulang lalu aku pergi ke unta tunggangan. Kemudian aku datang dan berdiri berhampiran dengan baginda, aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang kamu minta aku lakukan? Baginda menjawab: Wahai Harmalah! Lakukanlah perkara makruf dan jauhilah perkara mungkar dan perhatikanlah perkara yang telinga kamu suka (dengar) untuk disebut oleh orang ramai kepadamu apabila kamu berada bersama mereka, maka lakukanlah ia, dan perhatikanlah perkara yang telingamu tidak suka orang ramai menyebutkan kepadamu apabila kamu berada dengan mereka, maka jauhilah perkara itu.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1489].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs