Wahai hamba Allah, teruskan bekerja. Allah telah mengampunkan dosamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى وهو مشتغل ناداه ملك: يا عبد الله، استأنف العمل وقد غفر الله من ذنبك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berselawat sedangkan dia bekerja, Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah, teruskan bekerja. Allah telah mengampunkan dosamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 328, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو منكر أيضا.

Ia juga munkar.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.