Wahai fulan, adakah kamu sudah berkahwin?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله ﷺ سأل رجلا من صحابته، فقال: أي فلان، هل تزوجت؟ قال: لا، وليس عندي ما أتزوج به، قال: أليس معك {قل هو الله أحد}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {قل يا أيها الكافرون}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك {إذا زلزلت الأرض زلزالها}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {إذا جاء نصر الله}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك آية الكرسي: {لا إله إلا هو}؟ قال: بلى: قال: ربع القرآن، قال: تزوج، تزوج، تزوج ثلاث مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya seorang lelaki dalam kalangan sahabat Baginda, Baginda bersabda: Wahai fulan, adakah kamu sudah berkahwin? Lelaki itu menjawab: Tidak, aku tidak memiliki apa-apa yang boleh aku gunakan untuk berkahwin. Baginda bersabda: Bukankah ada bersamamu surah al-Ikhlas? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 (satu perempat) al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Kafirun? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Zalzalah?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Nasr?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu ayat al-Kursi?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bersabda: Berkahwinlah! Berkahwinlah! Berkahwinlah! Disebutkan sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1412, hadis nombor 7164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله ﷺ سأل رجلا من صحابته، فقال: أي فلان، هل تزوجت؟ قال: لا، وليس عندي ما أتزوج به، قال: أليس معك {قل هو الله أحد}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {قل يا أيها الكافرون}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك {إذا زلزلت الأرض زلزالها}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {إذا جاء نصر الله}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك آية الكرسي: {لا إله إلا هو}؟ قال: بلى: قال: ربع القرآن، قال: تزوج، تزوج، تزوج ثلاث مرات.
[حم، عد، ((الضعيفة)) (1484)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya seorang lelaki dalam kalangan sahabat Baginda, Baginda bersabda: Wahai fulan, adakah kamu sudah berkahwin? Lelaki itu menjawab: Tidak, aku tidak memiliki apa-apa yang boleh aku gunakan untuk berkahwin. Baginda bersabda: Bukankah ada bersamamu surah al-Ikhlas? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 (satu perempat) al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Kafirun? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Zalzalah?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Nasr?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu ayat al-Kursi?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur’an. Baginda bersabda: Berkahwinlah! Berkahwinlah! Berkahwinlah! Disebutkan sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1484]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.