Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ سأَلَ رَجُلًا من صحابَتِه، فقال: أيْ فُلانُ، هل تَزوَّجْتَ؟ قال: لا، وليس عِندي ما أتزَوَّجُ به، قال: أليس معَكَ قُلْ هُوَ اللهُ أحَدٌ؟ قال: بَلى، قال: رُبُعُ القُرآنِ، قال: أليس معَكَ: قُلْ يا أيُّها الكَافِرونَ؟ قال: بَلى، قال: رُبُعُ القُرآنِ، قال: أليس معَكَ إذا زُلزِلَتِ الأرضُ؟ قال: بَلى، قال: رُبُعُ القُرآنِ، قال: أليس معَكَ: إذا جاءَ نَصرُ اللهِ؟ قال: بَلى، قال: رُبُعُ القُرآنِ، قال: أليس معَكَ آيةُ الكُرسيِّ اللهُ لا إلهَ إلَّا هوَ؟ قال: بَلى: قال: رُبُعُ القُرآنِ، قال: تَزوَّجْ، تَزوَّجْ، تَزوَّجْ ثلاثَ مرَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya seorang lelaki dalam kalangan sahabat Baginda, Baginda bersabda: Wahai fulan, adakah kamu sudah berkahwin? Lelaki itu menjawab: Tidak, aku tidak memiliki apa-apa yang boleh aku gunakan untuk berkahwin. Baginda bersabda: Bukankah ada bersamamu surah al-Ikhlas? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 (satu perempat) al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Kafirun? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Zalzalah?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Nasr?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu ayat al-Kursi?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bersabda: Berkahwinlah! Berkahwinlah! Berkahwinlah! Disebutkan sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1412, hadis no. 7164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله ﷺ سأل رجلا من صحابته، فقال: أي فلان، هل تزوجت؟ قال: لا، وليس عندي ما أتزوج به، قال: أليس معك {قل هو الله أحد}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {قل يا أيها الكافرون}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك {إذا زلزلت الأرض زلزالها}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك: {إذا جاء نصر الله}؟ قال: بلى، قال: ربع القرآن، قال: أليس معك آية الكرسي: {لا إله إلا هو}؟ قال: بلى: قال: ربع القرآن، قال: تزوج، تزوج، تزوج ثلاث مرات. [حم، عد، ((الضعيفة)) (1484)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya seorang lelaki dalam kalangan sahabat Baginda, Baginda bersabda: Wahai fulan, adakah kamu sudah berkahwin? Lelaki itu menjawab: Tidak, aku tidak memiliki apa-apa yang boleh aku gunakan untuk berkahwin. Baginda bersabda: Bukankah ada bersamamu surah al-Ikhlas? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 (satu perempat) al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Kafirun? Lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Zalzalah?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu surah al-Nasr?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bertanya: Bukankah ada bersama kamu ayat al-Kursi?, lelaki itu menjawab: Ya, Baginda bersabda: Ia 1/4 al-Qur'an. Baginda bersabda: Berkahwinlah! Berkahwinlah! Berkahwinlah! Disebutkan sebanyak tiga kali. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1484]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman