Wahai Fudayk, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan tinggalkanlah kejahatan, serta menetaplah kamu di tanah kaummu sebagaimana yang kamu suka, nescaya kamu adalah seorang yang telah berhijrah

TEKS BAHASA ARAB

يا فديك! أقم الصلاة، وآت الزكاة، واهجر السوء، واسكن من أرض قومك حيث شئت؛ تكن مهاجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Fudayk, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan tinggalkanlah kejahatan, serta menetaplah kamu di tanah kaummu sebagaimana yang kamu suka, nescaya kamu adalah seorang yang telah berhijrah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 239, hadis nombor 1257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك، قال: خرج فديك إلى النبي ﷺ فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: «يا فديك! أقم الصلاة، وآت الزكاة، واهجر السوء، واسكن من أرض قومك حيث شئت؛ تكن مهاجراً». [تخ، الطحاوي في «المشكل»، حب، هق، طب، طس، ابن عساکر، «الضعيفة» (6300)].

(Lemah) Daripada Salih bin Bashir bin Fudayk, beliau berkata: Fudayk keluar untuk berjumpa dengan Nabi ﷺ lalu berkata: “Sesungguhnya mereka meyakini bahawa sesiapa yang tidak berhijrah itu akan binasa?”. Maka baginda menjawab: “Wahai Fudayk, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan tinggalkanlah kejahatan, serta menetaplah kamu di tanah kaummu sebagaimana yang kamu suka, nescaya kamu adalah seorang yang telah berhijrah”. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Tahawi dalam al-Musykil, Ibn Hibban dalam Sahihnya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir serta al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6300].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs