Wahai Fudayk, dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan keburukan, dan duduklah di kawasan kaum kamu

TEKS BAHASA ARAB

خرج فُديكٌ إلى النبي ﷺ فقال: إنَّهُم يَزعمونَ أنه من لم يُهاجرْ هلكَ؟ فقال: يا فديك أقم الصلاة وآت الزكاة واهجر السوء واسكن من أرض قومك حيث شئت ؛ تكن مهاجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fudayk keluar bertemu Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah itu akan binasa. Baginda SAW telah bersabda: Wahai Fudayk, dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan keburukan, dan duduklah di kawasan kaum kamu sebagaimana yang kamu mahu, nescaya kamu akan menjadi orang yang berhijrah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis nombor 691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك، قال: خرج فديك إلى النبي ﷺ فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك أقم الصلاة وأت الزكاة واهجر السوء واسكن من أرض قومك حيث شئت تكن مهاجراً. [نخ، حب، هق، طب، طب، ابن عساكر، الطحاوي في الشكل، الضعيفة (6300)].

(Lemah) Daripada Ṣāliḥ ibn Bashīr ibn Fudayk telah berkata: Fudayk keluar bertemu Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah itu akan binasa. Baginda SAW telah bersabda: Wahai Fudayk, dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan keburukan, dan duduklah di kawasan kaum kamu sebagaimana yang kamu mahu, nescaya kamu akan menjadi orang yang berhijrah. [Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dalam Tārīkh al-Kabīr, al-Ṭaḥāwī dalam al-Mushkil, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Bayhaqī dalam Sunan al-Kubrā, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Kabīr dan al-Awsaṭ, Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6300)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs