Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خرج فديك إلى النبي ﷺ فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يَا فُدَيْكُ ! أَقِمِ الصَّلاَةَ، وَآتِ الزَّكَاةَ، وَاهْجُرِ السُّوءَ، وَاسْكُنْ مِنْ أَرْضِ قَوْمِكَ حَيْثُ شِئْتَ؛ تَكُنْ مُهَاجِراً.
Teks Bahasa Melayu
Fudayk keluar bertemu Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah itu akan binasa. Baginda SAW telah bersabda: Wahai Fudayk, dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalka keburukan, dan duduklah di kawasan kaum kamu sebagaimana yang kamu mahu, nescaya kamu akan menjadi orang yang berhijrah.
Sahabat Perawi
- Fudaik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis no. 691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك، قال: خرج فديك إلى النبي ﷺ فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك أقم الصلاة وأت الزكاة واهجر السوء واسكن من أرض قومك حيث شئت تكن مهاجراً. [نخ، حب، هق، طب، طب، ابن عساكر، الطحاوي في الشكل، الضعيفة (6300)].
(Daif) Daripada Ṣāliḥ ibn Bashīr ibn Fudayk telah berkata: Fudayk keluar bertemu Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah itu akan binasa. Baginda SAW telah bersabda: Wahai Fudayk, dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalka keburukan, dan duduklah di kawasan kaum kamu sebagaimana yang kamu mahu, nescaya kamu akan menjadi orang yang berhijrah. [Riwayat al-Bukhārī dalam Tārīkh al-Kabīr, al-Ṭaḥāwī dalam al-Mushkil, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Bayhaqī dalam Sunan al-Kubrā, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Kabīr dan al-Awsaṭ, Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6300)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman