Wahai Fudaik! Dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan perkara buruk

TEKS BAHASA ARAB

يا فديك ! أقم الصلاة ، وآت الزكاة ، واهجر السوء ، واسكن من أرض قومك حيث شئت ؛ تكن مهاجرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Fudaik! Dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan perkara buruk dan, tinggallah di tanah kaummu di mana sahaja engkau mahu, engkau menjadi seorang yang berhijrah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis nombor 4614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن بشير بن فديك قال: خرج فديك إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إنهم يزعمون أنه من لم يهاجر هلك؟ فقال: يا فديك! أقم الصلاة، وآت الزكاة، واهجر السوء، واسكن من أرض قومك حيث شئت؛ تكن مهاجرا. [تخ, الطحاوي في المشكل، حب، هق، طب، طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6300)]

(Lemah) Daripada Salih bin Basyir bin Fudaik, beliau berkata: Fudaik keluar kepada Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya mereka mendakwa bahawa sesiapa yang tidak berhijrah dia akan binasa? Baginda bersabda: Wahai Fudaik! Dirikan solat, tunaikan zakat, tinggalkan perkara buruk dan, tinggallah di tanah kaummu di mana sahaja engkau mahu, engkau menjadi seorang yang berhijrah. [Riwayat al-Bukhari di dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tahawi di dalam al-Mushkil, Ibn Hibban, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6300].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs