Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا فاطمةُ! أمَا تَرْضَيْنَ أن اللهَ عز وجل اطَّلع إلى أهلِ الأرضِ فاختار رُجَلَيْنِ: أحدُهما أبوكِ، والآخَرُ بَعْلُكِ؟!
Teks Bahasa Melayu
Wahai Fatimah, tidakkah kamu reda sekiranya Allah 'Azza wa Jalla melihat kepada penduduk bumi lalu memilih dua orang lelaki: Salah seorangnya ialah bapamu dan seorang lagi ialah suamimu?!
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abu Ayyub al-Ansari RA
- Abu Hurairah RA
- ‘Ali al-Hilali RA
- Mi’qal bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1885, hadis no. 9492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((يا فاطمة! أما ترضين أن الله عز وجل اطلع إلى أهل الأرض فاختار رجلين: أحدهما أبوك، والآخر بعلك؟!)). روي من حديث أبي هريرة، وعبدالله بن عباس، وأبي أيوب الأنصاري، وعلي الهلالي، ومعقل بن يسار - رضي الله عنهمم -. [ك، طب، خط، ابن عساكر، حم، ((الضعيفة)) (4898)]
(Palsu) Wahai Fatimah, tidakkah kamu reda sekiranya Allah 'Azza wa Jalla melihat kepada penduduk bumi lalu memilih dua orang lelaki: Salah seorangnya ialah bapamu dan seorang lagi ialah suamimu?! Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Abdullah bin Abbas RA, Abu Ayyub al-Ansari RA, ‘Ali al-Hilali RA dan Mi’qal bin Yasar RA. [Riwayat al-Ḥakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibnu ‘Asakir dan Aḥmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4898]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman