Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Fatimah, pergilah kepada binatang korbanmu dan saksikanlah ia

Teks Bahasa Arab

يا فاطمةُ! قومي إلى أُضحيتِك فاشهدِيها، فإنَّ لكِ بكل قطرةٍ تقطُرُ مِنْ دمِها أن يُغفرْ لكِ ما سلف من ذنوبِكِ. قالت: يا رسولَ اللهِ! ألنا خاصَّةً أهلَ البيتِ، أو لنا وللمسلمِين [عامَّةً]؟ قال: بل لنا وللمسلمين [عامَّةً].

Teks Bahasa Melayu

"Wahai Fatimah, pergilah kepada binatang korbanmu dan saksikanlah ia. Kerana sesungguhnya bagi setiap titisan yang menitis daripada darahnya, untukmu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu.” Fatimah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ianya untuk kami ahli bait secara khusus atau untuk kami dan kaum muslimin [umumnya]?”. Baginda bersabda: “Bahkan ianya untuk kita dan kaum muslimin [umumnya]”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 436, hadis no. 2343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «يا فاطمة! قومي إلى أضحيتك فاشهديها، فإن لك بكل قطرة تقطر من دمها أن يغفر لك ما سلف من ذنوبك. قالت: يا رسول الله! ألنا خاصة أهل البيت، أو لنا وللمسلمين [عامة]؟ قال: بل لنا وللمسلمين [عامة]». [ك، عق، البزار، القاضي أبو يعلى في «الأمالي»، «الضعيفة» (6828)].

(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Wahai Fatimah, pergilah kepada binatang korbanmu dan saksikanlah ia. Kerana sesungguhnya bagi setiap titisan yang menitis daripada darahnya, untukmu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu.” Fatimah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ianya untuk kami ahli bait secara khusus atau untuk kami dan kaum muslimin [umumnya]?”. Baginda bersabda: “Bahkan ianya untuk kita dan kaum muslimin [umumnya]”. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-‘Uqaylī dalam al-Dhu'afa', al-Bazzār dalam Musnadnya dan al-Qāḍī Abū Ya’la dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6828].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.