Wahai Fatimah! Bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا فاطمة قومي فاشهدي أضحيتك، أما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك. فقال أبو سعيد الخدري رضي الله عنه: يا رسول الله أهذه لآل محمد خاصة فهم أهل لما خصوا به من خير؟ أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال صلى الله عليه وسلم: بل هي لآل محمد والناس عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Fatimah! Bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu. Sesungguhnya bagi kamu pengampunan daripada segala dosa bagi setiap titik darah yang menitis. Ia akan didatangkan kepadamu pada hari kiamat dengan dagingnya serta darahnya 70 kali ganda sehingga diletakkan di atas timbanganmu. Lalu Abū Said al-Khudri berkata: Wahai Rasulullah SAW! Adakah ini bagi keluarga Muhammad secara khusus (mereka ialah ahli yang dikhususkan dengan kebaikan) atau untuk keluarga Muhammad serta manusia secara umumnya? Nabi SAW bersabda: Bahkan ia adalah untuk keluarga Muhammad serta manusia secara umum.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 703, hadis nombor 3600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((يا فاطمة! قومي ‌فاشهدي ‌أضحيتك، أما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك)). فقال أبو سعيد الخدري -رضي الله عنه-: يا رسول الله! أهذه لآل محمد خاصة -فهم أهل لما خصوا به من خير-، أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال صلى الله عليه وسلم: ((بل هي لآل محمد والناس عامة)). [عبد بن حميد، هق، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (٦٨٢٩)]

(Palsu) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Fatimah! Bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu. Sesungguhnya bagi kamu pengampunan daripada segala dosa bagi setiap titik darah yang menitis. Ia akan didatangkan kepadamu pada hari kiamat dengan dagingnya serta darahnya 70 kali ganda sehingga diletakkan di atas timbanganmu”. Lalu Abū Said al-Khudri berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Adakah ini bagi keluarga Muhammad secara khusus (mereka ialah ahli yang dikhususkan dengan kebaikan) atau untuk keluarga Muhammad serta manusia secara umumnya?”. Nabi SAW bersabda: “Bahkan ia adalah untuk keluarga Muhammad serta manusia secara umum”. [Riwayat ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubra, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6829]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.