Wahai Fatimah, bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu

TEKS BAHASA ARAB

يا فاطمة! قومي فاشهدي أضحيتك، أما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك. فقال أبو سعيد الخدري – رضى الله عنه -: يا رسول الله! أهذه لآل محمد خاصة – فهم أهل لما خصوا به من خير -، أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال ﷺ: بل هي لآل محمد والناس عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Wahai Fatimah, bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu. Ketahuilah sesungguhnya bagi kamu dengan titisan pertama yang menitis daripada darahnya ialah keampunan daripada segala dosa. Ketahuilah ia akan didatangkan pada hari kiamat dengan daging-dagingnya dan darah-darahnya sebanyak tujuh puluh kali ganda sehingga ia diletakkan di neraca timbanganmu." Lalu Abu Sa’id al-Khudri RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ini untuk ahli keluarga Muhammad secara khusus – kerana mereka layak terhadap kebaikan yang dikhususkan kepada mereka –, ataupun untuk keluarga Muhammad dan orang ramai secara umumnya?” Rasulullah ﷺ pun bersabda: “Bahkan ia untuk keluarga Muhammad dan orang ramai secara umumnya”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 437, hadis nombor 2344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «يا فاطمة! قومي فاشهدي أضحيتك، أما إن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب، أما إنه يجاء بها يوم القيامة بلحومها ودمائها سبعين ضعفا حتى توضع في ميزانك. فقال أبو سعيد الخدري – رضى الله عنه -: يا رسول الله! أهذه لآل محمد خاصة – فهم أهل لما خصوا به من خير -، أو لآل محمد والناس عامة؟ فقال ﷺ: بل هي لآل محمد والناس عامة». [عبد بن حميد، هق، الأصبهاني، «الضعيفة» (6829)].

(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Wahai Fatimah, bangunlah dan saksikanlah binatang korbanmu. Ketahuilah sesungguhnya bagi kamu dengan titisan pertama yang menitis daripada darahnya ialah keampunan daripada segala dosa. Ketahuilah ia akan didatangkan pada hari kiamat dengan daging-dagingnya dan darah-darahnya sebanyak tujuh puluh kali ganda sehingga ia diletakkan di neraca timbanganmu." Lalu Abu Sa’id al-Khudri RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ini untuk ahli keluarga Muhammad secara khusus – kerana mereka layak terhadap kebaikan yang dikhususkan kepada mereka –, ataupun untuk keluarga Muhammad dan orang ramai secara umumnya?” Rasulullah ﷺ pun bersabda: “Bahkan ia untuk keluarga Muhammad dan orang ramai secara umumnya”. [Riwayat ‘Abd bin Ḥumayd dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Bayhaqī dalam Sunannya dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6829].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs