Wahai Fatimah, Ali itu seperti diriku. Siapakah yang kamu lihat pernah berkata sesuatu kepada dirinya?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من خير الناس بعدك فقال أبو بكر، قلت: ثم من قال: عمر، فقالت فاطمة: يا رسول الله: لم تقل في علي شيئا، قال: يا فاطمة: علي كنفسي من رأيته يقول في نفسه شيئا ‍‍‍‍.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapakah orang yang paling baik selepas kamu? Lalu Baginda berkata Abu Bakar. Aku berkata: Kemudian siapa? Baginda berkata: Umar. Lalu Fatimah berkata: Wahai Rasulullah, engkau tidak menyebutkan apa-apa tentang Ali. Baginda menjawab: Wahai Fatimah, Ali itu seperti diriku. li itu seperti diriku. Siapakah yang kamu lihat pernah berkata sesuatu kepada dirinya?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 382, hadis nombor 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: خالد بن إسماعيل، وهو وضاع.

Pada sanadnya terdapat Khalid bin Ismail, seorang pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.