Wahai cahaya langit dan bumi! Dan wahai hiasan langit dan bumi!

TEKS BAHASA ARAB

يا نور السماوات والأرض ! ويا زين السماوات والأرض ! ويا جمال السماوات والأرض ! ويا عماد السماوات والأرض ! ويا بديع السماوات والأرض . . إلخ الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai cahaya langit dan bumi! Dan wahai hiasan langit dan bumi! Dan wahai kecantikan langit dan bumi! Dan wahai tiang langit dan bumi! Dan wahai pencipta asal langit dan bumi!… hingga akhir doa.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 558, hadis nombor 2899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -: أَنَّ جبْرِيلَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَّمَهُ هَذَا الدُّعَاءَ: «يَا نُورَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! وَيَا ‌زَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! وَيَا جَمَالَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ! وَيَا عِمَادَ السَّماَوَاتِ وَالْأَرْضِ! وَيَا بَدِيعَ السَّماَوَاتِ وَالْأَرْضِ! … إلخ الدعاء.
[الدولابي، ((الضعيفة)) (6218)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Jibril mendatangi Nabi SAW lalu mengajarkannya doa ini, “Wahai cahaya langit dan bumi! Dan wahai hiasan langit dan bumi! Dan wahai kecantikan langit dan bumi! Dan wahai tiang langit dan bumi! Dan wahai pencipta asal langit dan bumi!…” hingga akhir doa.
[Riwayat al-Dulabi dalam kitab al-Kuna wal Asma’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs