TEKS BAHASA ARAB
يا بريدة! ألا أعلمك كلمات: من أراد الله به خيراً علمه إياهن ثم لم ينسهن أبداً؟ قل: اللهم إني ضعيف فقو في رضاك ضعفي، وخذ إلى الخير بناصيتي، واجعل الإسلام منتهى رضائي، اللهم! إني ضعيف فقوني، وإني ذليل فأعزني، وإني فقير فأغنني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Buraidah! Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu beberapa perkataan, sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Dia ajarkannya perkataan-perkataan tersebut kemudian dia tidak akan lupakannya selama-lamanya? Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahanku pada keredhaanMu, bawalah ubun-ubunku ke arah kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak keredhaanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku, aku hina maka muliakanlah aku dan aku faqir maka kayakanlah aku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1460, hadis nombor 7425. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بريدة الأسلمي – رضي الله عنه -، قال: قال لي رسول الله ﷺ: ((يا بريدة! ألا أعلمك كلمات: من أراد الله به خيراً علمه إياهن ثم لم ينسهن أبداً؟ قل: اللهم إني ضعيف فقو في رضاك ضعفي، وخذ إلى الخير بناصيتي، واجعل الإسلام منتهى رضائي، اللهم! إني ضعيف فقوني، وإني ذليل فأعزني، وإني فقير فأغنني)). [الطحاوي في ((المشكل))، طس، ك، ((الضعيفة)) (3359)]
(Palsu)
Daripada Buraidah al-Aslami RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: Wahai Buraidah! Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu beberapa perkataan, sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Dia ajarkannya perkataan-perkataan tersebut kemudian dia tidak akan lupakannya selama-lamanya? Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahanku pada keredhaanMu, bawalah ubun-ubunku ke arah kebaikan, jadikanlah Islam sebagai kemuncak keredhaanku. Ya Allah! Sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku, aku hina maka muliakanlah aku dan aku faqir maka kayakanlah aku.
[Riwayat al-Tahawi dalam al-Mushkil, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat – konteks hadis tersebut diriwayatnya -, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3359]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.