Wahai Buraidah! Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada rukuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا بريدة! إذا رفعت رأسك من الركوع؛ فقل: سمع الله لمن حمده، اللهم! ربنا ولك الحمد، ملء السماوات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Buraidah! Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada rukuk, maka ucapkanlah: Sesungguhnya Allah mendengar siapa yang memuji-Nya. Ya Allah! Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian yang memenuhi langit dan bumi serta memenuhi apa yang dikehendaki oleh-Mu daripada sesuatu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis nombor 7842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بريدة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا بريدة! إذا رفعت رأسك من الركوع؛ فقل: سمع الله لمن حمده، اللهم! ربنا ولك الحمد، ملء السماوات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد)). [قط، ((الضعيفة)) (5978/م)]

(Palsu)
Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Buraidah! Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada rukuk, maka ucapkanlah: Sesungguhnya Allah mendengar siapa yang memuji-Nya. Ya Allah! Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian yang memenuhi langit dan bumi serta memenuhi apa yang dikehendaki oleh-Mu daripada sesuatu.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5978]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.