Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا بُرَيْدَةُ! إِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ مِنَ الرُّكُوعِ؛ فَقُل: سَمِعَ اَللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، اَللَّهُمَّ! رَبَّنَا وَلَكَ اَلْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ اَلْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Buraidah! Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada rukuk, maka ucapkanlah: “Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya. Ya Allah, Tuhan kami, segala puji bagi-Mu sepenuh langit dan sepenuh bumi serta sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki setelah itu.”
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 332, hadis no. 1744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بريدة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يَا بُرَيْدَةُ! إِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ مِنَ الرُّكُوعِ؛ فَقُل: سَمِعَ اَللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، اَللَّهُمَّ! رَبَّنَا وَلَكَ اَلْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ اَلْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ)). [قط، ((الضعيفة)) (5978/م)].
(Palsu) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Wahai Buraidah! Apabila kamu mengangkat kepalamu daripada rukuk, maka ucapkanlah: “Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya. Ya Allah, Tuhan kami, segala puji bagi-Mu sepenuh langit dan sepenuh bumi serta sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki setelah itu.” [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5978/م].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman