Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan tinggalkan tasyahud dan selawat kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا بريدة! إذا جلست في صلاتك فلا تتركن التشهد والصلاة علي؛ فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله وسلم على عباد الله الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan tinggalkan tasyahud dan selawat kepadaku kerana ia merupakan zakat bagi solat dan doakanlah kesejahteraan kepada semua para Nabi Allah dan Rasul-Nya serta doakanlah kesejahteraan kepada para hamba Allah yang soleh.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1450, hadis nombor 7372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا بريدة! إذا جلست في صلاتك فلا تتركن التشهد والصلاة علي؛ فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله وسلم على عباد الله الصالحين)). [قط، ((الضعيفة)) (2540)].

(Sangat Lemah)
Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan tinggalkan tasyahud dan selawat kepadaku kerana ia merupakan zakat bagi solat dan doakanlah kesejahteraan kepada semua para Nabi Allah dan Rasul-Nya serta doakanlah kesejahteraan kepada para hamba Allah yang soleh.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2540].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.