Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا بُرَيْدَةُ! إِذَا جَلَسْتَ فِي صَلَاتِكَ؛ فَلَا تَتْرُكَنَّ التَّشَهُّدَ وََالصَّلَاةَ عَلَيّ؛ فَإِنَّهَا زَكَاةُ اَلصَّلَاةِ، وَسَلِّمْ عَلَى جَمِيعِ أنْبِيَاءِ اللهِ وَرُسُلِهِ، وَسَلِّمْ عَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Buraidah, apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan sekali-kali kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku, kerana sesungguhnya ia adalah zakat bagi solat itu. Berilah juga salam buat sekalian para nabi Allah dan rasul-Nya, serta berilah salam buat hamba-hamba Allah yang soleh.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331-332, hadis no. 1743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن بريدة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((يا بريدة! إذا جلست في صلاتك؛ فلا تَتْرُكَن التشهد وَالصَّلَاة عليّ؛ فَإِنَّهَا زكاة اَلصَّلَاة، وسلّم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلّم على عباد الله الصالحين)). [قط، ((الضعيفة)) (5979)].
(Palsu) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Wahai Buraidah, apabila kamu duduk dalam solatmu, maka jangan sekali-kali kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku, kerana sesungguhnya ia adalah zakat bagi solat itu. Berilah juga salam buat sekalian para nabi Allah dan rasul-Nya, serta berilah salam buat hamba-hamba Allah yang soleh." [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5979].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman