Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solat kamu, janganlah kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا بريدة! إذا جلست في صلاتك؛ فلا تتركن التشهد والصلاة علي؛ فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلم على عباد الله الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solat kamu, janganlah kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku kerana ia merupakan zakat bagi solat dan salam ke atas seluruh para nabi Allah dan rasul-Nya serta salam ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1544, hadis nombor 7841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بريدة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا بريدة! إذا جلست في صلاتك؛ فلا تتركن التشهد والصلاة علي؛ فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلم على عباد الله الصالحين)). [قط، ((الضعيفة)) (5979)]

(Palsu)
Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Buraidah! Apabila kamu duduk dalam solat kamu, janganlah kamu tinggalkan tasyahud dan selawat ke atasku kerana ia merupakan zakat bagi solat dan salam ke atas seluruh para nabi Allah dan rasul-Nya serta salam ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5979]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.