Wahai Bilal! Bertemulah dengan Allah dalam keadaan fakir

TEKS BAHASA ARAB

يا بلال! ‌الق ‌الله ‌فقيرا ولا تلقه – وفي طريق: مت فقيرا، ولا تمت – غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت، فلا تخبأ، وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا؛ فالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Bilal! Bertemulah dengan Allah dalam keadaan fakir, jangan engkau bertemu, ada riwayat yang menyebutkan: Matilah dalam keadaan fakir, dan jangan engkau mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberi rezeki jangan sembunyikan, jika engkau diminta sedekah janganlah engkau menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah SAW? Baginda berkata: Ianya begitu. Jika tidak maka ke nerakalah (pengakhirannya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis nombor 3327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بلال -رضي الله عنه-، قال: قال : «يا بلال! ‌الق ‌الله ‌فقيرا ولا تلقه – وفي طريق: مت فقيرا، ولا تمت – غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت، فلا تخبأ، وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا؛ فالنار». [ك، ابن السني في «القناعة»، ابن عساكر، «الضعيفة» (6742)].

(Lemah) Daripada Bilal RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Bilal! Bertemulah dengan Allah dalam keadaan fakir, jangan engkau bertemu, ada riwayat yang menyebutkan: Matilah dalam keadaan fakir, dan jangan engkau mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberi rezeki jangan sembunyikan, jika engkau diminta sedekah janganlah engkau menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah SAW? Baginda berkata: Ianya begitu. Jika tidak maka ke nerakalah (pengakhirannya).” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Sunni dalam al-Qanaah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6742]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs