Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا بلالُ الْقَ اللهَ فقيرًا ولا تَلْقَهُ – وفي طريقٍ: مُتْ فقيرًا ولا تَمُتْ - غنيًّا. قال : قلتُ: وكيفَ لي بذلكَ يا رسولَ اللهِ؟ قال: إذا رُزقتَ فلا تَخْبَأْ وإذا سُئلتَ فلا تمنعْ. قال: قلتُ: وكيفَ لي بذاكَ يا رسولَ اللهِ؟ قال: هو ذاكَ وإلا فالنارُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Bilal! Bertemulah dengan Allah dalam keadaan fakir, jangan engkau bertemu, ada riwayat yang menyebutkan: Matilah dalam keadaan fakir, dan jangan engkau mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberi rezeki jangan sembunyikan, jika engkau diminta sedekah janganlah engkau menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah SAW? Baginda berkata: Ianya begitu. Jika tidak maka ke nerakalah (pengakhirannya).
Sahabat Perawi
- Bilal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis no. 3327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بلال -رضي الله عنه-، قال: قال : «يا بلال! الق الله فقيرا ولا تلقه - وفي طريق: مت فقيرا، ولا تمت - غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت، فلا تخبأ، وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا؛ فالنار». [ك، ابن السني في «القناعة»، ابن عساكر، «الضعيفة» (6742)].
(Lemah) Daripada Bilal RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Bilal! Bertemulah dengan Allah dalam keadaan fakir, jangan engkau bertemu, ada riwayat yang menyebutkan: Matilah dalam keadaan fakir, dan jangan engkau mati dalam keadaan kaya. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Jika engkau diberi rezeki jangan sembunyikan, jika engkau diminta sedekah janganlah engkau menghalang. Dia berkata: Aku berkata: Bagaimanakah keadaanku wahai Rasulullah SAW? Baginda berkata: Ianya begitu. Jika tidak maka ke nerakalah (pengakhirannya).” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Sunni dalam al-Qanaah, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6742]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman