Wahai Bilal, bertemulah Allah dalam keadaan miskin

TEKS BAHASA ARAB

يا بلال الق الله فقيرا ولا تلقه وفي طريق: مت فقيرا ولا تمت غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت فلا تخبأ وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا فالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Bilal, bertemulah Allah dalam keadaan miskin, jangan bertemu-Nya dalam keadaan kaya raya. Dalam riwayat lain menyebut : Matilah dalam keadaan miskin dan jangan meninggal dunia dalam keadaan kaya. Kemudian Bilal bertanya: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Apabila engkau diberikan rezeki, jangan sembunyikan. Apabila engkau diminta, jangan kedekut. Kemudian Bilal berkata: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Begitulah yang perlu kamu lakukan, jika tidak, neraka kesudahannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis nombor 4615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بلال رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا بلال الق الله فقيرا ولا تلقه وفي طريق: مت فقيرا ولا تمت غنيا. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: إذا رزقت، فلا تخبأ وإذا سئلت فلا تمنع. قال: قلت: وكيف لي بذلك يا رسول الله؟ قال: هو ذاك وإلا فالنار. [ك, ابن السني في القناعة, ابن عساكر, الضعيفة (6742)]

(Lemah) Daripada Bilal RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Wahai Bilal, bertemulah Allah dalam keadaan miskin, jangan bertemu-Nya dalam keadaan kaya raya. Dalam riwayat lain menyebut : Matilah dalam keadaan miskin dan jangan meninggal dunia dalam keadaan kaya. Kemudian Bilal bertanya: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Apabila engkau diberikan rezeki, jangan sembunyikan. Apabila engkau diminta, jangan kedekut. Kemudian Bilal berkata: Bagaimana aku boleh menjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Begitulah yang perlu kamu lakukan, jika tidak, neraka kesudahannya. [Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, Ibn Al-Sunni di dalam Al-Qanaah, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah, no: 6742].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs